#GameNews – Esports Award & The Game Award

Game, Tech

ESPORTS AWARD

Pada 16 November 2019 yang lepas, satu acara bagi meraikan scene Esports diseluruh dunia telah pun diadakan. Event yang diberi nama Esports Award 2019 ini diwujudkan untuk memberikan penghargaan kepada publisher sehinggalah kepada Esports players yang telah membantu mengembangkan lagi scene Esports ke seluruh dunia.

Event ini telah dihoskan oleh Eefje “Sjokz” Depoortere, Alex “Goldenboy” Mendez, Juan “HungryBox” DeBiedma dan juga Lottie Van-Praag. Event ini telah mula diadakan sejak dari tahun 2016 lagi dan ini merupakan tahun ketiga anugerah ini diadakan. Bagi tahun 2019, anugerah ini telah diadakan di Esports Stadium Arlington, Texas.

Untuk Esports Awards ini, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Community Awards, Industry Awards dan juga Pro Awards. Berikut merupakan nama pemenang bagi semua category yang dipertandingkan di Esports Award 2019:

COMMUNITY AWARDS

  • Content Creator of the Year: Craig “Mini Ladd” Thompson
  • Esports Cosplay: LittleJem
  • Esports Personality of the Year: Matthew “Nadeshot” Haag
  • Esports Photographer of the Year: Stephanie Lindgren
  • Esports Videographer of the Year: Logan Dodson
  • Streamer of the Year: Dr DisRespect
  • Esports Breakthrough Game of the Year: Super Smash Bros. Ultimate
  • Esports Play of the Year: S3xyCake

INDUSTRY AWARDS

  • Esports Commercial Partner of the Year: HyperX
  • Esports Coverage Website of the Year: Dexerto
  • Esports Game of the Year: League of Legends
  • Esports Hardware Provider of the Year: Intel
  • Esports Journalist of the Year: Richard Lewis
  • Esports Publisher of the Year: Riot Games
  • Esports Supporting Agency of the Year: Loaded

PRO AWARDS

  • Esports Caster of the Year: Henry “HenryG” Greer
  • Esports Coach of the Year: Danny “Zonic” Sorensen
  • Esports Console Player of the Year: Dominique “Sonicfox” Mclean
  • Esports Console Rookie of the Year: Chris “Simp” Lehr
  • Esports Host of the Year: Alex “Goldenboy” Mendez
  • Esports Organisation of the Year: Team Liquid
  • Esports PC Player of the Year: Kyle “Bugha” Giersdorf
  • Esports PC Rookie of the Year: Kyle “Bugha” Giersdorf
  • Esports Team of the Year: G2 Esports (LOL)
  • Panel Choice Awards: Ryan Thompson
  • Esports Live Event of the Year: League of Legends World Championship 2019

Selain daripada anugerah di atas, pihak penganjur Esports Award 2019 juga nampaknya telah menambah satu lagi anugerah iaitu Lifetime Achievement in Esports Award. Anugerah ini diwujudkan bagi memberikan penghormatan kepada mereka yang telah menaikan scene Esports sejak dari mula lagi. Pemenang untuk anugerah ini adalah Hector “HECS” Rodriguez, Scoot “Sir Scoots” Smith, Sundance DiGiovanni, Ralf Reichert, Crisis Wi dan Marcus “djWHEAT” Graham.

THE GAME AWARD

Tahun ini, The Game Award sekali lagi akan diadakan pada 12 Disember 2019 bulan hadapan. Bagi korang yang tak tahu, The Game Award ini merupakan satu event yang mana memberikan perhargaan kepada video games industry. Jika Esports Award lebih fokus kepada Esports scene, The Game Award pula lebih mengfokuskan kepada permainan video.

Pertama kali The Game Award ini diadakan sejak dari tahun 2014 dan pada tahun tersebut, permainan video Dragon Age: Inquisition telah memenangi anugerah Game of the Year. Manakala pada tahun lepas, permainan video yang paling aku minat iaitu God of War telah dinobatkan sebagai Game of the Year untuk tahun 2019!

Untuk masuk dalam percalonan, permainan video tersebut hendaklah dilancarkan secara rasmi sejak Disember 2018 sehinggalah November 2019 sahaja so korang jangan pelik pula kenapa permainan video yang korang minat tiada dalam percalonan. Korang boleh mengundi permainan video kegemaran korang dekat SINI.

KATALAKI: Tahun ini aku harap Sekiro: Shadows Die Twice menang anugerah Game of the Year!

Last modified: 25 November 2019