#GameNews – Jumanji Keluarkan Permainan Video Sendiri!

Game, Tech

JUMANJI: THE VIDEO GAME

Jumanji, siapa saja yang tak tahu tentang movie ini. Baik yang original yang dilakonkan oleh mendiang Robin Williams dan juga yang versi 2017 yang dilakonkan oleh The Rock. Baru-baru ini Outright Games dan Bandai Namco telah mengumumkan permainan video yang diadaptasi daripada filem Jumanji yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Pihak Outright Games telah menunjukan gameplay untuk permainan video ini dan nampaknya ia adalah sebuah game action multiplayer. Dalam permainan video Jumanji: The Video Game ini, korang dan rakan-rakan korang boleh memilih daripada 4 watak utama dalam filem Jumanji.

Antara watak yang korang boleh pilih adalah Dr. Smolder Bravestone, Ruby Roundhouse, Prof. Shelly Oberon dan juga Franklin “Mouse” Finbar. Kesemua watak-watak dalam permainan video ini direka sama seperti watak mereka dalam filem Jumanji.

Setiap watak nampaknya mempunyai skill dan corak permainan yang berbeza. Sama seperti dalam movie Jumanji, dalam permainan video ini juga misi korang adalah mengembalikan permata yang telah dicuri oleh kumpulan-kumpulan pemburu dan meletakkannya kembali ketempat asal supaya korang boleh balik ke dunia asal.

Permainan video Jumanji: The Video Game ini dikatakan akan dikeluarkan untuk console Playstation 4, Xbox One, Pc dan juga di Nintendo Swtich pada 8 November tahun ini. Memandangkan filem terbaru Jumanji dikatakan akan keluar pada akhir tahun ini, korang bolehlah layan permainan video Jumanji: The Video Game dulu!

SIMULACRA 2

Korang ingat lagi tak tentang article aku yang mana aku ada share tentang permainan video Simulacra yang mana telah dihasilkan di Malaysia? Kalau korang tak ingat, korang boleh baca article tersebut dekat SINI! Tapi tahukah korang yang tak lama lagi akan ada Simulacra 2?

Kalau korang nak tahu, Kaigan Games iaitu developer yang bertanggungjawab menghasilkan permainan video Simulacra telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan permainan video terbaru yang merupakan sequel kepada permainan video Simulacra.

Pihak Kaigan Games juga telah mengeluarkan video teaser untuk permainan video terbaru mereka dan apa yang aku lihat daripada video ini, nampaknya Simulacra 2 akan lebih seram daripada Simulacra yang dikeluarkan sebelum ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Aksiz, permainan video ini nampaknya mungkin akan dikeluarkan di PC sahaja melalui Steam. Berbeza daripada permainan sebelum ini yang mana korang boleh bermainnya di smartphone korang sendiri. Mungkin dorang akan keluarkan di PC dahulu sebelum hadir di smartphone. Buat masa ini tiada lagi info bila ia akan dilancarkan dan berapa harga yang akan dijual untuk Simulacra 2.

KATALAKI: Aku tak tipu aku pernah tak boleh tidur sebab main game Simulacra bro!

Last modified: 5 September 2019