MARVEL SUPER WAR

Image Via: https://www.androidpolice.com
Baru-baru ini pihak Marvel Entertaiment dan NetEase telah mengumumkan permainan video mobile terbaru mereka yang digelar Marvel Super War. Permainan video berbentuk MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) ini dikatakan akan dikeluarkan untuk Android dan juga IOS.

Image Via: https://www.androidpolice.com
Mereka turut memberitahu yang permainan ini telah memasuki close beta pertama mereka pada minggu ini. Di dalam permainan video mobile Marvel Super War ini, korang boleh memilih pelbagai watak-watak daripada superhero dan supervillain yang pernah muncul di dalam Marvel Universe dan setiap watak ini mempunyai attack dan kekuatan mereka tersendiri.

Image Via: https://www.androidpolice.com
Pemain akan dapat mengawal setiap watak yang mereka pilih dan setiap superhero dan supervillain ini dibahagi kepada enam kumpulan seperti permainan MOBA yang lain. Antara kumpulan yang terdapat dalam permainan video mobile Marvel Super War ini adalah Fighter, Energy (MAGE), Marksman, Assassin, Tank dan juga Support.

Image Via: https://www.androidpolice.com
Di dalam permainan video Marvel Super War ini juga terdapat beberapa mode permainan yang korang boleh cuba seperti 5v5 Match Game, Arcade Mode, PvE Clash dan juga Training. Seperti permainan MOBA lain juga, korang boleh bermain bersama-sama empat kawan korang yang lain dan bersama-sama berlawan dengan player–player lain dari seluruh negara.

Image Via: https://www.androidpolice.com
Beta tertutup untuk permainan video Marvel Super War ini telah bermula hari ini untuk negara-negara terpilih seperti Thailand, Malaysia, Indonesia, Philippines dan juga India. Tarikh akhir untuk mencuba permainan video ini tamat pada 10 June 2019. Beta tertutup ini nampaknya hanya untuk pengguna Android 5.1 keatas sahaja buat masa ini. Sorry IOS!
MSC 2019

Image Via: https://esports.id
Tidak lama lagi, kejohanan terbesar Mobile Legends akan kembali lagi ke Asia Tenggara. Kejohanan yang diberi nama Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup 2019 ini diadakan di Manila, Philippines pada 19 sehingga 23 June 2019.

Image Via: https://pinoygamer.ph
Prize pool untuk tournament ini juga boleh tahan banyak juga iaitu USD120,000 bro! Kejohanan ini akan diadakan di SMART Araneta Coliseum sebagai tempat Main Event akan dijalankan. Untuk kejohanan ini, terdapat 12 kumpulan daripada sembilan negara yang akan bertanding.

Image Via: https://esports.id
Setiap negara akan menghantar dua pasukan untuk bertanding kecuali Malaysia dan Singapore yang mana cuma menghantar satu pasukan sahaja setiap negara. Antara pasukan yang akan bertanding untuk tournament ini adalah seperti berikut:
MALAYSIA
- Geek Fam
SINGAPORE
- EVOS Esports SG
INDONESIA
- Onic Esports
- Louvre Esports
MYANMAR
- Team Resolution
- Burmese Ghouls
PHILIPPINES
- Arkangel
- Bren Esports
LAOS
- WAWA Gaming
THAILAND
- IDNS
CAMBODIA
- Diversity Helheim
VIETNAM
- Overclockers

Image Via: https://gamebrott.com
Group stage akan bermula pada 19 June 2019 sehingga 20 June 2019 dan kesemua 12 kumpulan akan berebut untuk mendapatkan empat slot kumpulan untuk bertanding dalam upper bracket manakala selebihnya akan bertanding untuk mendapatkan empat slot kumpulan untuk lower bracket untuk memasuki pusingan playoff.

Image Via: http://mysg.mpl.mobilelegends.com
Playoff akan diadakan pada 21 June sehingga 23 June 2019 di SMART Araneta Coliseum. Selepas apa yang kita lihat pada MPL MY/SG yang lepas, aku sangat berharap yang pasukan Geek Fam akan membawa pulang piala MSC 2019 balik ke Malaysia!
KATALAKI: Aku rasa macam nak livestream Marvel Super War nanti. Korang on x on?