#GameNews: Ngauman EVOS Lemaskan Todak!

Game, Tech

MPL MY/SG SEASON 4 MILIK EVOS!

Setelah hampir sebulan bertarung, minggu ini telah berakhirnya MPL MY/SG Season 4. Acara Playoff yang diadakan pada 19 dan 20 Oktober tempoh hari di KL Live melihatkan ramai peminat daripada serata Malaysia dan juga daripada Singapura hadir untuk menyokong team pilihan mereka.

Dalam MPL season ini juga, kita telah melihat sumpahan “2nd Place” yang dibawa oleh pasukan EVOS ESPORTS SG akhirnya berjaya dipatahkan apabila mereka berjaya meraih gelaran johan untuk MPL MY/SG Season 4. Mereka telah berentap dengan pasukan daripada Malaysia yang baru pertama kali bertanding dalam MPL iaitu pasukan Todak.

Walaupun pasukan Todak telah kecundang, namun gameplay yang dorang tunjukan daripada Regular Season sehingga Grand Final berhak untuk menerima pujian. Aku sendiri berasa puas melihat gameplay yang dorang tunjukkan semasa perlawanan dorang menentang EVOS ESPORTS SG.

Dengan perlawanan Best Five, pasukan Todak pada awalnya telah berjaya memenangi pusingan pertama dengan draft yang mereka lakukan. Namun pada pusingan kedua, EVOS ESPORTS SG menyamakan point apabila mereka berjaya menjatuhkan Todak.

Tidak mahu mengalah, pasukan Todak kembali bangkit pada pusingan ketiga tapi pasukan EVOS seperti sudah boleh membaca corak permainan mereka pada pusingan keempat dan kelima. Pada pusingan kelima, EVOS berjaya memastikan kali ini mereka yang akan menjulang piala MPL MY/SG Season 4.

Pasukan EVOS telah berjaya membawa pulang RM104,662 manakala pasukan Todak pula membawa pulang RM50,000. Pasukan EVOS ESPORTS SG juga berjaya memastikan tempat untuk bertanding pada Mobile Legends World Cup (M1) bagi mewakili negara Singapura.

DUA PASUKAN MALAYSIA KE M1!

Walaupun pasukan Todak telah kecundang dalam MPL MY/SG Season 4 yang lepas, mereka telah menempah tempat untuk bertanding di Mobile Legends World Cup (M1) bagi mewakili Malaysia. Disamping itu, mereka juga akan ditemani oleh pasukan Axis Esports.

Pasukan Todak telah berjaya memperoleh tempat kedua manakala pasukan Axis Esports pula berjaya memperoleh tempat keempat. Pasukan Todak berjaya membawa pulang RM50,000 manakala pasukan Axis Esports pula membawa pulang RM21,000.

Sebanyak 16 pasukan daripada 14 buah negara akan bertanding dalam Mobile Legends World Cup (M1) ini bagi meraih gelaran juara dunia Mobile Legends yang pertama dan juga merebut prize pool yang berjumlah USD250,000!

Kejohanan M1 ini dikatakan akan bermula daripada 11 November sehingga 17 November 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Adakah pasukan dari Malaysia akan berjaya meraih gelaran johan Mobile Legends World Cup pertama dunia? Sama-samalah kita doakan!

KATALAKI: Good luck pasukan Todak dan Axis Esports!

Last modified: 21 October 2019