#GameNews: PES Malaysia Naib Juara Di China!

Game, Tech

PES MALAYSIA DAPAT TEMPAT KEDUA!

Pada minggu lepas, pasukan Pro Evolution Soccer (PES) daripada Malaysia telah berjaya meraih tempat kedua di World Intelligent Congress atau dikenali dengan panggilan WIC 2019 yang berlangsung dari 16 May sehingga 19 May 2019. Juara untuk tournament ini dimenangi oleh pasukan daripada Brazil.

Antara pemain yang bermain dibawah PES Malaysia dan berlawan disana adalah Nor Hafizan Bin Jamil dan Ahmad Muazz Bin Amir Rosaedi. Perlawanan yang diadakan di Tianjin, China ini turut ditemani oleh dua orang wakil pengurusan daripada PES Malaysia iaitu Muhammad Fitri Bin Ahmad Adin dan Ahmad Yazid Bin Abdul Rahman.

Terdapat 10 negara yang bertanding di dalam tournament ini antaranya adalah Brazil, China, Indonesia, Myanmar, Serbia, Sepanyol, Singapura, Thailand, United Kingdom dan juga Malaysia. 10 pasukan ini dibahagi kepada dua kumpulan dan bertanding sehingga ke peringkat separuh akhir.

Wakil daripada PES Malaysia telah menyatakan mereka telah cuba sedaya upaya dalam tournament ini dan agak kecewa kerana mereka hanya mampu mendapat tempat kedua. Walaupun begitu, pencapaian tempat kedua dalam tournament ini boleh dikatakan antara pencapaian terbesar mereka. Korang nak kenal dengan lebih lanjut tentang PES Malaysia? Baca artikel aku pasal dorang dekat SINI!

PLAYDATE-HANDHELD GAMING TERBARU?

Baru-baru ini pihak developer Panic.Inc telah memperkenalkan satu handheld console terbaru daripada mereka yang diberi nama Playdate. Playdate ini nampak sangat unik daripada segi design dia dan warna kuning dia membuatkan aku teringat dekat Gameboy aku dahulu.

Playdate ini mempunyai screen hitam putih sebesar 2.7 inci dengan ukuran 400×240. Dibahagian depan dia korang dapat lihat terdapat D-Pad dan juga dua button yang mempunyai simbol A dan juga B. Dibahagian tepi screen pula nampak seperti speaker dan juga power button.

Dibahagian tepi dia pula terdapat satu crank ataupun bahasa melayu dia engkol. Crank ini dikatakan boleh digunakan pada beberapa game yang terdapat pada handheld console Playdate ini. Pihak Playdate mengatakan akan terdapat 12 permainan video didalam handheld Playdate ini namun tidak mendedahkan nama permainan tersebut.

Namun di Twitter, pihak Playdate ada menunjukan beberapa title screen untuk permainan yang akan berada dalam handheld console Playdate ini antaranya Bennett Foddy Presents Zipper, Crankin’s Time Travel Adventure, 360 dan Executive Gold DX.

Handheld console Playdate ini berkemungkinan akan dikeluarkan pada awal tahun 2020 dan berharga lebih kurang USD149. Bagi korang yang berminat, korang boleh preorder handheld console Playdate ini di website rasmi mereka ataupun klik saja dekat SINI!

KATALAKI:  Sapa-sapa tolong belanja aku satu Playdate!

Last modified: 24 May 2019