HARGA BARU PLAYSTATION PLUS!

Image Via: https://cdn.images.dailystar.co.uk
Baru-baru ini pihak Sony Playstation telah mengumumkan harga terbaru untuk Playstation Plus di Malaysia. Sebelum ini pun ramai yang dah boleh agak yang dorang akan naikkan harga cumanya tak sangka betul-betul dorang naikkan.

Image Via: http://arrowheadgamestudios.com
Harga terbaru ini akan bermula pada 1 August 2019 untuk ketiga-tiga versi subscription period yang ditawarkan oleh Sony. Harga terbaru untuk Playstation Plus adalah seperti berikut:
- Playstation Plus 12 bulan: RM159
- Playstation Plus 3 bulan: RM69
- Playstation Plus 1 bulan: RM29
Harga terbaru ini bukan sahaja dikenakan pada negara Malaysia sahaja. Playstation juga turut memberitahu yang harga Playstation Plus juga turut dinaikan di Europe dan juga di Japan. So jangan pula korang nak cakap dorang naik harga sebab Malaysia dah tukar kerajaan pula!

Image Via: http://www.pushsquare.com
Buat masa ini, harga Playstation Plus masih lagi seperti biasa dan korang juga boleh beli subscription yang baru sekarang walaupun Playstation Plus korang belum expired lagi. Nanti dorang akan stack baki baru korang dengan baki yang lama. Lagi satu kalau sebelum ini korang auto–deduct subscription Playstation Plus korang daripada bank, better korang turn off fungsi tersebut takut nanti masuk bulan August korang terkejut karang!
PS PLUS JUNE FREE GAMES!

Image Via: https://www.humblebundle.com
Bila bercerita tentang Playstation Plus, eloklah aku bagitahu free games yang dorang akan berikan pada bulan June nanti. Ok kali ini games yang dorang bagi agak menarik dan terasa berbaloi sikitlah bila subscribed Playstation Plus. Berikut merupakan permainan video percuma yang dorang akan berikan:
- Borderlands: The Handsome Collection
- Sonic Mania
Memang elok sangatlah dorang bagi Borderlands: The Handsome Collection sebab aku sendiri pun tak pernah main lagi game Borderlands. Ramai kawan-kawan aku yang cakap game ini seronok and dia punya graphic agak unik berbanding permainan video yang lain.

Image Via: https://store.steampowered.com
Tak dilupakan juga, bagi korang yang main permainan video Apex Legends, korang boleh dapatkan Apex Legends Plus Play Pack yang mana korang akan dapat beberapa skin untuk watak-watak dalam permainan video ini. Bagi korang yang tak download lagi permainan video free bulan lepas, korang boleh download sebelum 4 June 2019 ini.
KATALAKI: Lepas ini aku nak renew sebulan-sebulan saja. Malas nak renew setahun terus takut nanti dapat game tak best. Dahlah dah naik harga!