#GameNews – Razer Kishi & Naruto Slugfest!

Game, Tech

RAZER KISHI

Pada minggu ini, pihak Razer telah mengumumkan product terbaru mereka yang dikenali sebagai Razer Kishi. Untuk pengetahuan korang, Razer Kishi merupakan sebuah mobile gamepad yang menyerupai Nintendo Switch JoyCon dan boleh disambungkan pada smartphone korang.

Sebelum ini pada Oktober tahun lepas, Razer telah mengeluarkan mobile gamepad yang lebih kurang sama yang diberi nama Razer Junglecat. Cumanya perbezaan antara Razer Junglecat dan Razer Kishi adalah Razer Junglecat memerlukan special case untuk digunakan pada smartphone manakala untuk Razer Kishi korang boleh sambungkan terus pada smartphone korang tanpa perlu perlu aksesori lain. Satu lagi yang membuatkan ia berbeza dengan Razer Junglecat adalah ia boleh digunakan pada hampir ke semua smartphone Android dan iPhone.

Razer Kishi ini akan diletakkan pada bahagian tepi smartphone dan disambung kepada smartphone korang menggunakan USB-C ataupun menggunakan Apple Lightning connector. Dengan menggunakan cara ini, Razer mengatakan ia mampu untuk mengurangkan latency semasa korang menggunakannya untuk bermain permainan video.

Satu lagi perbezaan antara Razer Kishi dengan Razer Junglecat adalah ia tidak perlu dicas secara berasingan. Ini kerana Razer Kishi akan menggunakan kuasa dari smartphone dan andaikata korang nak charge smartphone korang, korang boleh terus cucuk kabel korang pada port yang disediakan. Ini membuatkan Razer Kishi lebih bagus berbanding Razer Junglecat.

NARUTO SLUGFEST

Pada awal minggu ini, satu permainan video mobile terbaru bagi series anime terkenal Naruto telah diperkenalkan. Permainan video terbaru ini diberi nama Naruto Slugfest. Permainan video mobile Naruto Slugfest ini merupakan permainan video Naruto 3D Open World Action MMORPG Mobile Game pertama yang dikeluarkan untuk smartphone.

Dalam Naruto Slugfest, pemain dapat bermain sebagai Ninja dari Kampung Konoha dan mengikuti storyline Naruto Shippuden bersama-sama dengan watak-watak dalam series Naruto. Aku dah cuba main permainan video ini dan aku boleh katakan yang ia agak menyeronokan.

Terdapat empat classes yang korang pilih mengikut kepada corak permainan korang. Antaranya adalah:

EARTH KEEPER: Class yang menggunakan melee attack dan mempunyai defense yang lebih tinggi. Ia memberikan Area of Effect (AoE) yang tinggi kepada pihak musuh apabila pemain menggunakan Earth Style techniques.

BLAZING LOTUS: Class yang pakar dalam range attack dan Fire Style techniques. Selain mampu memberikan damage yang tinggi kepada enemy, pemain juga boleh heal team mereka sendiri.

THUNDER ASSASSIN: Class yang pakar dalam menggunakan serangan berunsurkan Water Style dan Lightning Style. Pemain juga mempunyai mobility yang tinggi dan pakar dalam stealth gameplay.

WIND SHOOTER: Bagi yang suka menggunakan watak yang ada long range attack, class ini mungkin sesuai dengan korang. Pemain mampu untuk memberikan damage kepada enemy dari jarak jauh sambil memastikan mereka mempunyai safe distance antara pemain dan enemy. Selain itu class ini juga pakar dalam Wind Style techniques.

Permainan video ini masih berada dalam Close Beta sehingga 10/01/2020 dan dijangka akan dikeluarkan secara rasmi pada awal tahun ini!

KATALAKI: Kalau guna Razer Kishi sambil main Naruto Slugfest macam ngam je!

Last modified: 9 January 2020