#GameNews: Tiket Mobile Legend World Cup Sudah Mula Dijual!

Game, Tech

MOBILE LEGEND M1

Image Via: https://www.facebook.com

Kepada peminat-peminat permainan video Mobile Legends sudah pastinya tahu yang Malaysia merupakan tuan rumah bagi acara Mobile Legends World Cup M1 yang mana merupakan tournament bertaraf dunia yang pertama kalinya diadakan untuk permainan video ini.

Pada minggu lepas, tiket-tiket untuk menyaksikan perlawanan ini telah pun diumumkan dan korang sudah boleh dapatkan tiket-tiket tersebut dengan harga early-bird iaitu lebih murah berbanding harga tiket biasa yang mana cuma akan mula dijual pada 14 September ini.

Terdapat 3 jenis tiket yang korang boleh beli yang mana disusun mengikut tempat. Korang boleh memilih antara Bronze, Silver dan Gold Ticket. Tiket ini juga dibahagi kepada dua iaitu 1 Day Pass dan juga 3 Day Pass. Untuk 1 Day Pass, hanya Bronze dan Silver Ticket sahaja yang akan dijual.

Untuk 1 Day Pass, harga tiket akan bemula daripada RM15 sehingga RM30 mengikut tempat dan tarikh tiket tersebut. Untuk 3 Day Pass pula harga akan bemula daripada RM50 sehingga RM99 mengikut jenis tiket kalau korang beli secara early-bird. Untuk harga biasa ianya akan bermula daripada RM55 sehingga RM110.

Bagi aku better korang beli terus yang 3 Day Pass sebab korang akan berpeluang untuk masuk Lucky Draw dan mendapatkan in-game item Mobile Legends. Bagi mereka yang membeli Golden Ticket untuk 3 Day Pass, korang juga akan diberikan Exclusive Goodie Bag. Bagi yang berminat, korang boleh dapatkan tiket-tiket ini sekarang di SINI.

YAKUZA 7

Minggu lepas pihak Sega telah mengumumkan satu permainan terbaru bagi siri Yakuza iaitu Yakuza 7: The Whereabouts of Light and Darkness yang mana dikatakan bakal dilancarkan pada tahun 2020. Permainan video ini akan mula berada dipasaran pada 16 January untuk pasaran Jepun, China dan Korea terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran North America dan juga Europe.

Menurut VentureBeat, Sebenarnya permainan video ini telah pun leaks pada March tahun ini apabila satu video gameplay telah ditunjukkan dengan tajuk [April Fools] new Yakuza RPG pada tweet milik Wario64. Pada masa itu semua orang menganggap ianya hanya salah satu lawak April Fool tapi rupanya-rupanya ia sememangnya permainan video terbaru untuk siri Yakuza.

Untuk permainan video terbaru ini, nampaknya pihak Sega telah menukar gameplay untuk game Yakuza 7. Untuk game terbaru ini nampaknya ia akan menggunakan gameplay bercorak turn-based dan bukan gameplay seperti gamegame sebelum ini.

Dalam game terbaru ini juga, Sega telah menggunakan hero terbaru dan bukan watak Kazuma Kiryu seperti siri permainan video Yakuza sebelum ini. Untuk game Yakuza 7, korang akan mengawal watak yang diberi nama Ichiban Kasuga tapi ia mungkin mempunyai storyline yang lebih kurang dengan Kazuma Kiryu kerana kalau dilihat daripada trailer yang ditunjukkan, dia juga memulakan storyline-nya dengan baru keluar daripada penjara dan kemudian terpaksa memasuki dunia Yakuza semula.

KATALAKI: Tak sabar nak tengok Mobile Legends World Cup M1!

Last modified: 3 September 2019