Gamer Paling Tua Di Dunia

Sembang, ZAP, ZeKool

Kalau ada antara korang yang pernah terasa terlalu tua untuk menjinakkan diri dengan dunia permainan video, maknanya korang belum pernah kenal Hamako Mori yang merupakan seorang YouTuber permainan video tertua di dunia, diiktiraf oleh Guinness World Records baru-baru ni pada 8 Mei 2020.

Dikenali sebagai Gamer Grandma di YouTube sejak ditubuhkan pada tahun 2015, Hamako Mori yang berumur 90 tahun pada tahun 2020, mula berminat untuk menyentuh alat permainan video sejak tahun 1981 ketika seluruh dunia tengah popular dengan kecanggihan alat permainan video terbaru yang dikenali sebagai Cassette Vision atau di Malaysia, lebih popular dengan gelaran “Game Tape”.

 

View this post on Instagram

 

Hamako Mori, known as “Gamer Grandma,” has officially become the world’s oldest gaming YouTuber at age 90, according to Guinness World Records. She started gaming 39 years ago and now does everything from unboxing new consoles to broadcasting her gaming prowess to her 250,000 subscribers. Mori, who counts the “Grand Theft Auto” series among her favorites, has collected an array of consoles over the decades. The first one she owned was Cassette Vision, which was released in Japan on July 30, 1981 ⬆️ Tap the link in bio for more (📸: 2019 Guinness World Records Ltd.)

A post shared by CNN Business (@cnnbusiness) on

Sehingga kini, Hamako Mori yang berasal dari Jepun masih lagi aktif bermain permainan video dan memuat naik aksinya bermain PlayStation 4 di YouTube untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Kalau korang layan video Gamer Grandma kat YouTube, boleh nampak perbezaan antara orang yang lebih berumur dan lebih muda ketika bermain permainan video. Dengan pergerakan yang lebih tenang dan kalau tembak menggunakan senjata pun sebutir-sebutir, Hamako Mori masih mampu membidik pihak lawan dengan tepat dan menyelesaikan misi yang perlu dicapai dalam masa yang ditetapkan. Selain daripada game Grand Theft Auto V yang menjadi kegemaran Hamako Mori, ada gak permainan video lain yang menjadi pilihan Hamako Mori untuk stream antaranya Resident Evil 3 (Remake), Final Fantasy VII Remake, Dauntless, Call of Duty: Modern Warfare dan bermacam-macam lagi permainan video bergenre role-playing game (RPG).

Selain daripada Guinness World Records, Hamako Mori juga diraikan oleh YouTube selepas mencipta kejayaan terbaru bergelar The Oldest Video Games YouTuber, menggunakan masa selama 7 hingga 8 jam sehari untuk bermain permainan video.

KATALAKI: Rasanya bila dah berumur 90 tahun nanti, korang masih berminat lagi tak nak main game? Atau sekarang ni pun korang memang tak minat langsung dengan game?

Last modified: 1 June 2020