Minggu ini telah berlangsungnya Grand Final untuk Kejohanan E-Sukan Kampus semester 1 ataupun dikenali sebagai #KEK. Kalau korang tak tahu lagi, MyGameOn telah mengadakan kejohanan ini sejak dari bulan February 2019 lagi.

Image Via: https://www.mygameon.my
Dorang telah pusing satu Malaysia untuk mengumpulkan team–team terhebat daripada semua kolej dan university untuk merebut hadiah-hadiah menarik. Kejohanan ini adalah kerjasama antara MyGameOn, Media Prima Digital, Celcom Axiata Berhad dan juga Kitamen.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Terdapat 3 Permainan yang telah dipertandingkan di dalam kejohanan ini. Antaranya adalah Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan juga Pro Evolution Soccer 2019. Hadiah-hadiah terkumpul untuk setiap game pun bukan sikit-sikit bro! Mobile Legends dan Dota 2, masing-masing mempunyai prize pool sebanyak RM50,000 setiap satu manakala untuk PES 2019 pula mempunyai prize pool sebanyak RM30,000.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Pada hari sabtu yang lepas, Grand Final Kejohanan E-Sukan Kampus #KEK Semester 1 telah pun diadakan di Sunway Pyramid. Satu benda yang buat aku rasa bangga dengan scene esports di Malaysia sekarang adalah sokongan yang telah diberikan terhadap kejohanan ini. Ramai ibu bapa malah pensyarah yang datang untuk memberikan sokongan kepada anak dan juga pelajar dorang.

Image Via: https://www.mygameon.my
Seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn, seorang pensyarah sambilan University Malaysia Sabah (UMS), Norshafika Azlin Binti Mohd Hasli ataupun lebih mesra dengan panggilan Miss Pico sanggup terbang dari Sabah untuk menyokong pelajar-pelajar beliau.
Dan aku rasa pengorbanan beliau untuk turun ke Sunway Pyramid sememangnya satu benda yang berbaloi kerana pasukan Mobile Legends UMS iaitu UMSKAL Esport telah berjaya memasuki pusingan akhir menentang pasukan UKM iaitu team Ultra Instinct bagi merebut gelaran juara Mobile Legends: Bang Bang Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 1.
Pemenang-pemenang Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 1 untuk PES 2019. #KEK #PES2019 pic.twitter.com/DKBjjq1O80
— M0K (@callme_mok) April 28, 2019
Bercerita tentang juara, mari aku bagitahu siapakah juara untuk Kejohanan E-Sukan Kampus semalam. Untuk permainan video Pro Evolution Soccer 2019, Tempat keempat telah dimenangi oleh pasukan UTeM Knight dari UTeM Melaka yang membawa pulang RM2,440. Manakala untuk tempat ketiga dimenangi oleh FYP Fighters dari UniKL Mitec Pasir Gudang yang membawa pulang RM3,160.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Untuk tempat kedua pula, ia telah dimenangi oleh GLHF dari Unisel yang membawa pulang RM3,680 dan juara untuk PES 2019 pula telah disambar oleh E-UKM FC dari UKM Bangi yang membawa pulang RM6,760 dan hadiah tambahan daripada BOOST sebanyak RM2,000.
Pemenang-pemenang Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 1 Dota 2. #KEK #DOTA2 pic.twitter.com/8xv1qQH7wc
— M0K (@callme_mok) April 28, 2019
Untuk permainan video Dota 2 pula, tempat keempat telah dimenangi oleh pasukan UNIMAS E–SPORT yang membawa pulang RM4,000. Untuk tempat ketiga pula, ianya telah dimenangi oleh pasukan UTeM TUAH dari UTeM dan mereka berjaya memenangi RM5,100.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Untuk tempat kedua pula, team yang mempunyai nama paling rare semalam iaitu team Geng Bas Sekolah dari MMU Melaka telah berjaya membawa pulang RM5,800. Dan pasukan yang telah membuatkan pasukan Geng Bas Sekolah kecewa adalah pasukan KISA dari IIUM Kuantan yang muncul juara untuk permainan Dota 2 dan berjaya membawa pulang RM10,600 dan RM4,000 in-app money daripada BOOST.
Pemenang-pemenang Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 1 Mobile Legends: Bang Bang #KEK #MLBB pic.twitter.com/qOuOxBi7hP
— M0K (@callme_mok) April 28, 2019
Bagi permainan video Mobile Legends: Bang Bang pula, tempat keempat telah dimenangi oleh Invictus Gaming PKB dari Politeknik Kota Bharu dan mereka berjaya membawa pulang RM4,000. Untuk tempat ketiga, ia telah dimenangi oleh Team PYRO dari PSA yang berjaya membawa pulang RM5,100.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Bagi tempat tempat pertama untuk permainan video Mobile Legends: Bang Bang pula telah direbut oleh dua pasukan yang bagi aku agak hebat. Pasukan tersebut adalah pasukan UMSKAL E–SPORT dari UMS Sabah dan satu lagi pasukan adalah Ultra Instinct dari UKM.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Permainan akhir semalam sememangnya agak mendebarkan apabila pusingan pertama telah dimenangi oleh pasukan Ultra Instinct. Namun UMSKAL tidak membiarkan Ultra Instinct berada dalam keadaan selesa. UMSKAL telah memberikan cabaran kepada Ultra Instinct pada pusingan kedua dan berjaya menumpaskan mereka.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Dengan kedudukan seri satu sama, pusingan ketiga merupakan pusingan penentu untuk kedua-dua pasukan ini. Pemilihan heroes dari team Ultra Instinct telah membuahkan hasil apabila mereka berjaya menjinakkan pasukan UMSKAL pada pusingan terakhir dan berjaya mendapatkan gelaran juara untuk pusingan akhir Mobile Legends Kejohanan E–Sukan Kampus Semester 1.
Tempat kedua iaitu pasukan UMSKAL telah bejaya membawa pulang hadiah RM5,800 manakala juara iaitu Ultra Instinct dari UKM telah berjaya membawa pulang RM10,600 dan RM4,000 in-app money daripada BOOST.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Tidak dilupakan yang University yang paling banyak pemenang akan membawa pulang Biasiswa yang ditaja oleh Celcom XPAX. Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan dari University Malaysia Sabah (UMS) dan berjaya membawa pulang biasiswa sebanyak RM25,000. Memang tidak sia-sialah pensyarah dorang terbang dari Sabah ke Sunway Pyramid untuk menyokong dorang!
KATALAKI: Katanya Kejohanan E-Sukan Kampus semester kedua akan diadakan tak lama lagi. Kita tunggu info lanjut daripada MyGameOn nanti.