Games Yang Best Main Dekat Internet Browser!

Game, Tech

Sekarang ini banyak gamegame best yang keluar di pasaran. Tak lupa juga gamegame yang memang ditunggu-tunggu oleh gamers yang mana akan keluar tahun ini. Tapi kalau bosan nak tunggu game korang keluar or korang tak ada duit nak beli game baru macam aku, apa kata korang try free game yang ada dekat internet browser korang.

Dulu aku suka gila main gamegame dekat browser ni. Macam-macam game ada. Ada game RPG, First Person Shooting, Strategic Games dan banyak lagilah. Aku yakin kalau korang ni 90s kids, mesti korang pernah dengar tentang website Miniclip. Dekat situ memang bersepah gamegame free yang korang boleh main.

Tapi dekat situ saja ke ada free browser game ni? Hah hari ini aku nak share dengan korang beberapa website lain yang korang boleh main game secara percuma!

KRUNKER

Krunker merupakan game first person shooting 3D yang dihasilkan oleh Sidney de Vries dan Vincent de Vries. Game ini telah dibuka secara Beta pada May 2018 dan boleh dimainkan oleh semua orang pada January 2019. Terdapat beberapa classes yang korang boleh pilih dalam game ini dan setiap classes mempunyai senjata yang berbeza. Contoh kalau korang nak guna sniper, korang boleh pilih Hunter Classes. Korang boleh cuba game Krunker ni dekat SINI.

STARBREAK

Starbreak merupakan satu permainan video MMORPG yang dihasilkan oleh Crunchy Games. Game ini menampilkan ciri sidescrolling yang mana korang boleh tengok pada permainan video Maple Story. Game ini menggunakan 2D mechanic action combat. Aku ada try beberapa jam main game ini and apa yang aku boleh cakap aku boleh tak sedar aku dah main hampir 2 jam nonstop hahaha! Game ini memang seronok kalau korang nak main time korang bosan dekat office. Korang boleh cuba game Starbreak dekat SINI.

ADVENTUREQUEST

Ini game yang banyak habiskan masa aku time aku sekolah dulu. AdventureQuest merupakan roleplaying yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh Artix Entertainment. Dalam game ini korang boleh pilih antara 3 classes iaitu Fighter, Mage dan juga Rogue. Also dalam game ini bila korang capai certain level, korang boleh bela binatang dan binatang tersebut akan bantu korang lawan enemy! Korang boleh test AdventureQuest dekat SINI.

TOWN OF SALEM

Korang nak tahu siapa diantara member-member korang yang pandai menipu dan pengkhianat? Kalau korang nak tahu korang kena ajak kawan-kawan korang main game Town of Salem ni. Town of Salem merupakan multiplayer online game yang dihasilkan oleh BlankMediaGames. Dalam game ini seramai 7 hingga 15 pemain yang dibahagi kepada 3 group iaitu Town, Mafia dan Neutrals. Basically korang kena teka siapa diantara kawan korang yang geng Mafia, dan kalau korang masuk dalam geng Mafia, korang kena bunuh kawan-kawan korang secara senyap-senyap! Ajak kawan-kawan korang main dekat SINI.

KATALAKI: Game yang aku share ni korang jangan bantai main dekat office pulak, kena marah dengan boss aku tak masuk campur hahaha!

Last modified: 28 March 2019