Games Yang Buat Gamers Sakit Hati!

Game, Tech


Setakat kalau K.O sekali dalam satu level memang perkara biasalah bagi seorang gamers tapi kalau dah dekat 100 kali korang K.O dekat tempat yang sama sampai korang tak dapat nak move to another level memang boleh sakit hati wey!

via GIPHY

Aku rasa korang sendiri ada beberapa game yang pernah buat korang rage quit bila main. Aku ada beberapa game yang aku namakan salah satunya adalah game Bloodborne. Sampai sekarang aku tak habiskan game tersebut sebab asyik K.O sahaja. Dekat Youtube, Youtuber yang paling aku suka tengok dia rage adalah Markiplier. Ini ada beberapa game yang aku tengok dekat channel dia yang buatkan aku sendiri sakit hati hahaha!

I AM BREAD

I Am Bread merupakan satu permainan video actionadventure yang mempunyai ciri-ciri simulator. Permainan video ini telah dihasilkan dan dikeluarkan oleh Bossa Studio pada tahun 2015 untuk console PS4, Xbox One dan juga PC. Permainan video ini juga boleh dibeli untuk smartphone Android dan IOS.

via GIPHY

Dalam game ini, korang kena mengawal sekeping roti sambil pastikan roti tersebut tidak kotor dan bawakan roti tersebut kepada pembakar roti untuk selesaikan misi korang. Yang membuatkan game ini sangat susah adalah cara korang mengawal roti tersebut.

GETTING OVER IT

Getting Over It with Bennett Foddy atau nama singkatan dia Getting Over It merupakan platform game yang telah dihasilkan dan dikeluarkan oleh Bennett Foddy sendiri. Permainan video ini pertama kali dikeluarkan pada awal Oktober 2017 namun tak sampai seminggu game ini dikeluarkan, ia telah berjaya menarik seramai 2.7 juta pemain!

via GIPHY

Kalau game ini betul-betul susah, kenapa ramai betul orang download game ini? Well ini semua kerana dorang semua nak buktikan dorang orang pertama yang berjaya habiskan game ini. Dalam game ini korang perlu mengawal satu watak yang duduk dalam belanga yang besar dan dengan menggunakan sebatang tukul untuk mendaki sampai korang berjaya sampai ke puncak paling tinggi.

SUPER MARIO MAKER

Game ini merupakan sebuah game sidescrolling platform game dan game creation system. Apa yang membezakan game Super Mario Maker dengan game Super Mario yang lain adalah setiap course yang terdapat dalam permainan ini telah dicipta oleh pemain dari seluruh dunia.

via GIPHY

Jadi bila setiap course telah dicipta oleh setiap pemain yang berbeza, korang boleh bayangkan macam mana susahnya setiap course yang dorang buat.  Setiap course yang dicipta memang nak bagi korang sakit hati dan rage quit jadi kalau korang tak ada kesabaran yang tinggi, janganlah cuba-cuba main game ini hahaha!

HAPPY WHEELS

Happy Wheels merupakan satu permainan video berbentuk platform browser game yang telah dihasilkan dan dikeluarkan oleh Fancy Force pada tahun 2010 untuk PC. Sama seperti Super Mario Maker, setiap level ataupun course yang terdapat dalam game ini dicipta dari pemain seluruh dunia.

via GIPHY

Cumanya game Happy Wheels ini lebih sukar untuk dikawal dan lebih ganas berbanding dengan permainan video Happy Wheels. Kalau korang rasa korang seorang yang penyabar dan ada hati yang kental, korang boleh cuba main game Happy Wheels ini dekat SINI.

KATALAKI: Jangan sampai hancurkan controller bro!


Last modified: 19 July 2019