Gaming Controller Pelbagai Platform!

Gadget, Tech

Dengan pelbagai platform untuk bermain permainan video yang ada sekarang, masalah yang sering muncul adalah controller yang tidak serasi dengan platformplatform yang lain. Namun SteelSeries baru-baru ini melancarkan satu controller yang boleh digunakan dengan hampir semua platform.

Stratus Duo adalah satu controller terbaru dari SteelSeries yang boleh digunakan pada pelbagai gaming platform. Ia boleh digunakan pada PC, Android phone, Oculos Go ataupun Samsung VR headset.

Dengan hanya menggunakan satu button sahaja, korang boleh menukar dari pc ke smartphone dengan mudah sahaja. Untuk penggunaan ke pc, korang boleh menggunakan controller ini secara wireless dengan menyambungkan pada wifi dongle.

Bila korang nak bermain permainan video di smartphone pula, korang hanya perlu menekan satu butang sahaja dan controller ini akan bersambung dengan smartphone korang menggunakan bluetooth sahaja.

Design controller ini nampak seperti controller Xbox One. Controller ini juga dikatakan boleh digunakan lebih dari 5,000 permainan video yang terdapat pada Steam. Dengan menggunakan battery jenis Lithiumion, controller ini boleh digunakan sehingga 20 jam.

Untuk pengecasan, controller ini didatangkan dengan Micro USB Cable sepanjang 1.8 meter. Untuk jarak bluetooth pula, ianya boleh digunakan pada jarak 12 meter. Untuk memudahkan lagi penggunaan controller ini pada smartphone, korang boleh membeli smartphone holder yang dijual berasingan pada harga USD10 ataupun lebih kurang dalam RM40+ sahaja.

Kalau dilihat dari segi harga, boleh dikatakan controller ini agak mampu milik dan berbaloi untuk dibeli.

Cumanya, SteelSeries Stratus Duo ini tidak boleh digunakan pada gaming console seperti PS4 dan Xbox One. Kalau dorang ada keluarkan gaming controller dengan harga dan feature macam ni termasuk penambahan boleh disambung pada console, aku rasa controller ini mesti akan meletop dan menjadi pilihan ramai gamer.

KATALAKI: Kalau untuk smartphone nak pilih controller Raiju Mobile or Stratus Duo? hmmm

Last modified: 7 February 2019