Gaming Laptop 17′ Terbaru, Graphic Card Power

Game, Tech

Bulan ini pihak Asus telah mengumumkan dua laptop gaming terbaru bagi siri ROG mereka akan mula dijual pada pasaran Malaysia. Dua gaming laptop ini adalah ROG G703GX dan juga ROG Zephyrus S GX531GW.

Untuk gaming laptop Asus ROG G703GX, terdapat dua variasi yang akan dijual. Yang pertama akan disertakan dengan Intel Core i9 8950HK processor dan satu lagi dengan Intel Core i7 8750H processor. Kedua-dua laptop ini akan menggunakan graphic card yang sama iaitu NVIDIA GeForce RTX 2080 8GB GDDR6.

Image Via: thelaki.com.my

Untuk RAM, Asus ROG G703XEV121T akan dilengkapi dengan 32GB DDR 2666 manakala untuk Asus ROG G703GXEV115T cuma mempunyai RAM sebesar 16GB DDR4. Kedua-dua laptop ini mempunyai screen sebesar 17.3 inci FullHD dengan 144 Hz refresh rate.

Image Via: thelaki.com.my

Laptop gaming kedua yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia adalah Asus ROG Zephyrus S yang dilihat lebih nipis dan senang dibawa berbanding dengan Asus ROG G703GX. Asus ROG Zephyrus S mempunyai ketebalan hanya 15.75mm.

Image Via: thelaki.com.my

Laptop Asus ROG Zephyrus S ini dilengkapi dengan Intel Core i7 8750H untuk processor dengan RAM sebesar 16GB DDR4 2666 dan storage sebesar 512GB PCle NVMe SSD. Bagi bahagian graphic card pula, Asus ROG Zephyrus S mempunyai GeForce RTX 2070 MaxQ 8GB DDR6.

Walaupun Asus ROG Zephyrus S ini nampak lebih nipis berbanding dengan Asus ROG G703, Asus ROG Zephyrus S ini dilengkapi dengan Active Aerodynamic System (AAS)  yang mana akan akan membantu Zephyrus S untuk menarik lebih banyak udara kedalamnya bagi membantu sistem penyejukan didalam laptop ini. So kalau korang tengan main game, korang tak perlu nak risau sangat tentang overheat.

Image Via: thelaki.com.my

So kalau korang rasa Asus ROG G703GX macam advance sangat, korang boleh try usya Asus ROG Zephyrus S ini. Lagi satu kalau korang jenis kaki travel, aku rasa Asus ROG Zephyrus S lebih sesuai dengan korang. 

KATALAKI: Aku rasa wallet aku lagi nipis daripada Asus ROG Zephyrus S ni hahaha!

Last modified: 28 March 2019