Gaming Phone Idaman Gamers Sejati!

Gadget, Tech

Pada bulan Julai yang lepas, pihak ASUS Republic of Gamers ataupun dikenali sebagai ASUS ROG telah memperkenalkan gaming smartphone kedua mereka iaitu ASUS ROG Phone 2 di China namun bagi peminat-peminat mereka yang lain seperti di Malaysia, kita terpaksa menunggu beberapa bulan sebelum ia dibawa dan dijual disini.

Akhirnya kita tak perlu menunggu lama lagi apabila pada minggu ini, kitorang daripada team TheLaki telah dijemput untuk menghadiri sendiri pelancaran ASUS ROG Phone 2 dan kitorang telah diberi peluang untuk mencuba sendiri smartphone ini selama beberapa minggu sebelum pelancaran.

Pertama sekali kita tengok dekat design dia. Terus terang aku cakap, bila pegang ROG Phone 2 ini aku rasa tapak tangan aku macam kecik sangat. ROG Phone 2 ini mempunyai screen sebesar 6.59 inci dengan 120Hz 1ms AMOLED 10-bit HDR Display pertama di dunia! Screen dia yang besar memang akan membuatkan korang rasa puas gila bila main video games dan juga untuk melihat video. 

Untuk bahagian processor, ASUS ROG Phone 2 meletakan Qualcomm Snapdragon 855 Plus yang mana membolehkan korang untuk overclock bagi memberikan kuasa tambahan dan performance yang lebih bagus. Untuk bahagian RAM dan Storage, nampaknya untuk Malaysian spec agak berbeza dengan versi yang dijual di China.

Terdapat dua versi untuk Malaysian Set iaitu versi Elite Edition yang mempunyai 12GB RAM dan 512GB Storage. Versi yang kedua adalah Ultimate Edition yang mempunyai 12GB RAM dengan 1TB Storage. Untuk China set cuma ada 1 versi sahaja iaitu versi 8GB RAM dengan 128GB Storage. Yang ada dekat aku sekarang ini adalah versi Elite Edition yang mana mempunyai 12GB RAM dengan 512GB Storage.

Bagi bahagian GPU pula, ASUS ROG Phone 2 ini menggunakan Adreno 640 675MHz yang mana dikatakan mempunyai GPU Performance 15% lebih pantas berbanding Adreno 640 585Hz. Tapi bab ini aku tak perlu nak terkejut sangat sebab ASUS ROG Phone 2 ini memang dicipta untuk carry GPU dan Processor yang mantap.

Untuk bahagian battery dia, terus terang aku cakap battery dia sangatlah besar iaitu sebesar 6,000mAh. Percaya atau tidak aku guna phone ini selama dua hari untuk main Mobile Legends, tengok video dekat Youtube dan macam-macam lagi dan selama dua hari aku tak charge, battery dia masih ada baki lebih kurang dalam 10-15% lagi.

Walaupun ASUS ROG Phone 2 ini adalah sebuah gaming smartphone, performance untuk bahagian camera dia aku boleh kata agak memuaskan. Selalunya kalau korang tengok gaming smartphone jenama lain, camera quality yang dorang hasilkan tidaklah sebagus mana namun masalah itu tak ada dekat ASUS ROG Phone 2.

ASUS ROG Phone 2 ini mempunyai dual camera setup sebesar 48 Megapixel dengan Sony IMX586 Lens untuk main camera manakala untuk camera kedua adalah sebesar 13 Megapixel dengan 125 degree Ultra-Wide Lens. Camera hadapan dia pula adalah sebesar 24 Megapixel. Korang tengok sendirilah hasil gambar yang aku tangkap menggunakan ASUS ROG Phone 2 ini.

Dekat ROG Phone 2 ini dia ada satu game launcher yang dipanggil sebagai Armoury Crate. Dalam app ini dia akan senaraikan semua game yang korang dah downloadDalam app ini juga korang boleh ubah setting seperti touch, display, performance, audio dan juga network. Dekat bahagian Console, korang boleh nampak temperature dan frequency untuk CPU dan GPU, memory, battery dan storage status.

Dekat bahagian atas ASUS ROG Phone 2 ini ada dua trigger yang dorang panggil sebagai air trigger. Air trigger ini korang boleh gunakan masa korang main FPS game seperti COD Mobile dan PUBG MobileMain game dekat ASUS ROG Phone 2 ini bagi aku memang satu benda yang best sangat. First time aku rasa puas hati main game dekat smartphone. Semua game aku letak dekat high setting and performance dia memang sangat-sangat smooth

Tapi bila korang main terlalu lama dekat ASUS ROG Phone 2 ini, dekat bahagian belakang dan atas smartphone ini akan terasa sedikit panas. Time inilah masa untuk korang gunakan Aero Active Cooler 2 yang aku tunjuk tadi. Bila korang pasang cooler dekat phone ini, dia akan bantu untuk mengeluarkan haba dan menyejukkan phone ini dekat lebih cepat. Walaupun phone ni panas bila main game dalam jangka masa yang lama, performance dia still mantain dan tak drop.

ASUS ROG Phone 2 ini aku rasa adalah gaming smartphone yang paling banyak aksesori. Ada beberapa aksesori dia yang korang kena beli berasingan contohnya TwinView Dock II, ROG Kunai Gamepad, Mobile Dekstop Dock, Pro Dock, WiGig Display Dock Plus dan juga ROG Lighting Armor Case.

Jadi berapa harga untuk ASUS ROG Phone 2 ini? untuk ASUS ROG Phone 2 Elite Edition, harga yang ditawarkan adalah RM3,499 manakala untuk ASUS ROG Phone 2 Ultimate Edition pula ia akan dijual pada harga RM4,499.  Korang ok tak dengan harga ASUS ROG Phone 2 ini?

So adakah ASUS ROG Phone 2 ini berbaloi untuk dibeli? Bagi aku kalau korang seorang hardcore gamer dan korang sememangnya ada duit yang banyak tak tahu nak buat apa dengan duit itu tadi, korang belilah ASUS ROG Phone 2 ini. Kalau aku memang tengah mencari Gaming Smartphone, aku sememangnya akan pilih ASUS ROG Phone 2 sebab bagi aku smartphone ini memang dah cukup lengkap dan berbaloi!

KATALAKI: So nak beli ke tak ni bro-bro gamers?

Last modified: 17 October 2019