Gaming Phone Paling Awesome – Betul Ke Ni?

Game, Tech

Pada 22/10/2018 yang lepas telah berlangsungnya acara pelancaran ROG Phone, sebuah gaming smartphone terbaru yang dikeluarkan oleh Asus.

Smartphone ini yang memfokuskan kepada para mobile gamer didatangkan dengan spesifikasi yang sangat mantap bagi kitorang. Processor yang digunakan untuk ROG phone ini adalah dari Qualcomm Snapdragon 845 dan Qualcomm Adreno 630 untuk graphic card.

Disebabkan ROG Phone ni dicipta khas untuk gaming, terdapat satu rekaan cooling system dibelakang smartphone ini yang dipanggil GameCool vapor-chamber yang mana ianya berfungsi untuk mengurangkan haba dalam ROG Phone. Korang jugak boleh membeli aksesori tambahan seperti AeroActive Cooler untuk sistem penyejukan yang lebih padu.

Saiz screen untuk ROG Phone ini adalah 6 inci. Menggunakan display Amoled dengan 90Hz refresh rate yang semestinya sangat bagus untuk bermain permainan video berbentuk FPS (First Person Shooter) seperti PUBG Mobile, Free Fire, Fornite.

Satu lagi ciri yang membuatkan ROG Phone ini lebih menarik adalah Fungsi X Mode. Dengan Fungsi X Mode ini, ianya akan memfokuskan RAM kepada permainan video yang korang tengah gunakan. X Mode jugak menghalang aplikasi lain menggunakan RAM yang tinggi dan penggunaan bateri yang berlebihan semasa korang sedang bermain permainan video.

Walaupun ROG Phone ini memfokuskan kepada gaming, ianya tetap didatangkan dengan dual kamera dibelakang. Terdapat 12 megapixel sebagai kamera utama dan 8 megapixel sebagai second kamera. Kamera hadapan pula sama dengan kamera utama kedua iaitu 8 megapixel.

Bagi kitorang, Ultimate mobile gaming machine sememangnya kene dengan ROG Phone. Dengan penggunaan yang lancar dan speksifikasi yang ditawarkan, sememangnya ROG Phone berada diatas berbanding dengan gaming phone yang ada dipasaran sekarang.

Cumanya, adakah berbaloi untuk orang biasa macam kitorang beli? Bagi kitorang kalau korang sekadar bermain mobile game secara suka-suka dan bukannya secara serius, Kitorang rasa smartphone lain yang berada dipasaran sekarang sudah memadai.

Tapi itu hanyalah pendapat kitorang, kalau korang ade duit lebih dan memang impian korang untuk memiliki ROG Phone ni, korang boleh dapatkannya dengan harga RM3499 untuk 8GB RAM + 128GB memori ataupun RM3999 untuk 8GB RAM + 512GB memori.

KATALAKI: Kalau dah beli ROG Phone ni tapi still tak boleh chicken dinner tak boleh cakap apalah bro!

Last modified: 29 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *