Gaming Studio Gergasi Buka Cawangan di Malaysia?!

Game, Tech

Pada hari minggu yang lepas, aku telah berpeluang untuk menghadiri Level UP KL 2019. Event ini dijalankan pada dua tempat yang berbeza iaitu di Bangsar South untuk Level UP KL BIZ dan juga di KLCC untuk Level UP KL PLAY. Aku berjaya untuk pergi kedua-dua event dan ini adalah aktiviti yang dapat aku ringkaskan sepanjang event tersebut.

First sekali semasa di Level UP KL BIZ, ia mengfokuskan kepada mereka bercita-cita untuk mempunyai kerjaya dalam bidang gaming. Banyak gaminggaming studio tempatan yang hadir dan mempersembahkan gamegame terbaru mereka sepanjang event ini. Mereka juga dilihat sedang mencari beberapa bakat baru.

Salah satu syarikat tersebut adalah Larian Studio. Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Larian Studio, Swen Vincke semasa sedang menyampaikan ucapan tentang “How do you make lasting IP content?“. Bagi yang tak tahu siapa disebalik Larian Studio, mereka ini terkenal dengan permainan video berbentuk turn-based strategy role-playing game (RPG) seperti game Divinity: Original Sin!

Menurut Swen, studio di Malaysia akan menjadi studio kelima mereka dan studio ini akan mengfokuskan untuk pembangunan permainan video terbaru mereka iaitu Baldur’s Gate 3. Baldur’s Gate 3 dikatakan akan mempunyai beberapa ciri seperti permainan tabletop terkenal iaitu Dungeons & Dragons.

Selain daripada Larian Studio, satu lagi syarikat gergasi yang akan membuka studio mereka sendiri di Malaysia adalah Sony Interactive Entertainment Worldwide Studio (SIE WWS) pada tahun hadapan. Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM), YB Gobind Singh Deo.

SIE WWS dikatakan akan memberikan khidmat dari segi reka bentuk visual dan animasi sebagai sebahagian daripada aktiviti SIE WWS dalam membangunkan permainan video eksklusif di platform Playstation. Nampaknya selepas ini akan ada lebih banyak bakat muda tempatan yang akan bersama-sama hasilkan permainan video yang awesome!

Di event Level UP KL PLAY pula, aku dapat mencuba pelbagai permainan video yang terbaru daripada pelbagai gaming studio. antara permainan video yang menarik minat aku adalah game GIGABASH! Untuk pengetahuan korang, permainan video Gigabash ini telah dihasilkan oleh Passion Republic Games yang bertempat di Malaysia.

Dalam permainan video ini, korang boleh memilih pelbagai jenis raksasa dan berlawan dengan kawan-kawan korang yang lain. Semasa aku try main game ini, aku boleh katakan yang game ini memang seronok kalau korang main secara multiplayer. Aku memang tak sabar nak tunggu game ini dikeluarkan nanti.

Selain daripada Gigabash, satu lagi game yang menarik minat aku adalah game No Straight Roads yang dihasilkan oleh Metronomik. Semasa di Level UP KL PLAY, pihak Metronomik telah memperkenalkan ketua musuh terbaru untuk permainan video ini iaitu DK West.

Untuk pengetahuan korang, nama DK West sebenarnya diambil daripada Dikir Barat dan disebabkan itu dalam permainan video ini nanti, korang akan bertempur dengan DK West dalam bentuk visual wayang kulit! No Straight Roads dikatakan akan dikeluarkan pada awal tahun depan untuk Playstation 4 dan juga untuk PC melalui Epic Games Store!

KATALAKI: Agak lenguh kaki aku duk berjalan main game saja minggu ni!

Last modified: 12 November 2019