#GameNews : MPL Kembali, PMNC Grand Final 2019!

Game, Tech

Minggu ini, berita tentang dua Esports tournament terbesar yang bakal diadakan telah mula sampai kepada peminat-peminat permainan video Mobile Legends: Bang Bang dan juga PUBG Mobile. Dua tournament besar tersebut adalah Mobile Legends Professional League Season 4 dan juga PMNC Grand Final 2019!

MPL SEASON 4

Mobile Legends Professional League Season 4 bakal bermula 19 Julai 2019 ini. Dalam Mobile Legends Professional League Season 4 ini akan menampilkan pasukan-pasukan hebat dari negara Malaysia dan juga dari Singapura. MPL Season 3 sebelum ini telah dimenangi oleh pasukan dari Malaysia iaitu pasukan Geek Fam.

Beberapa pasukan daripada season yang lepas telah mendapat jemputan terus ke MPL Season 4. Antara pasukan yang mendapat jemputan terus adalah:

  • Geek Fam
  • Shopee Bosskur
  • Reborn
  • Xpax X-Assins
  • EVOS Esports SG
  • Bigetron SG

Menurut apa yang telah diberitahu oleh pihak penganjur, enam pasukan yang dipilih harus memastikan 60% daripada pemain asal daripada musim ketiga dikekalkan bagi melayakkan mereka mendapat jemputan terus ke MPL Season 4 tapi nampaknya terdapat beberapa isu yang mula timbul.

Yang pertama adalah berkenanan pasukan Reborn kerana empat orang pemain mereka iaitu Rynn, Loong, Lacid dan juga Evilx telah keluar daripada pasukan Reborn dan telah menyertai pasukan Axis Bosskur. Ini membuatkan pasukan Reborn tidak sepatutnya mendapat jemputan terus kerana hanya tinggal dua orang pemain sahaja daripada season lepas iaitu Silo dan Kenpachi.

Tidak dilupakan, pasukan daripada Singapura iaitu Bigetron SG pula telah dibubarkan sepenuhnya dan peminat masih tertanya-tanya siapakah akan menggantikan pasukan Bigetron SG untuk mendapat jemputan terus. Seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn, masih tiada jawapan daripada pihak penganjur berkenaan nasib kedua-dua pasukan ini.

Bagi korang yang rasa korang dah cukup handal untuk bertanding dalam MPL Season 4, korang boleh mula mendaftar pasukan korang bermula hari ini sehingga 14 Julai di link INI. MPL Season 4 menawarkan prize pool sebanyak RM414,000 dan pusingan kelayakan akan bermula dari 19 Julai sehingga 21 Julai 2019 untuk Malaysia dan 27 Julai sehingga 28 Julai untuk Singapura.

PMNC GRAND FINAL 2019

Grand Final untuk PMNC 2019 bakal diadakan pada 13 dan 14 Julai 2019 ini bertempat di Quill Convention Center, Kuala Lumpur. Sebanyak 16 pasukan Esports PUBG Mobile bakal berentap bagi mendapat gelaran juara untuk tournament ini.

Empat Pasukan daripada 16 pasukan tersebut telah mendapat jemputan terus untuk bertanding di PMNC Grand Final 2019. Empat pasukan tersebut adalah AROV Esports, Team Secret, Junior Talent dan juga VIP Squad. Keempat-empat pasukan ini mendapat jemputan terus kerana telah beraksi di PMCO Spring Split yang mana telah berlangsung di Shanghai, China baru-baru ini.

Selain daripada empat pasukan yang mendapat jemputan terus yang aku nyatakan tadi, berikut merupakan 12 pasukan lain yang juga akan bertanding untuk merebut gelaran juara di PMNC Grand Final 2019:

  • Tambadau Squad
  • Extreme Squad
  • AKA Squad
  • X77 l KGU Esports
  • Panda Northern
  • RMC
  • Miri Mob
  • Kingsman Gaming
  • Traitor Esports
  • VAT Esports
  • Unbeatable Gaming
  • Axis MPX

Kesemua pasukan yang aku nyatakan tadi akan bertanding bagi hadiah wang terkumpul sebanyak RM114,000 dan empat pasukan terbaik daripada tournament ini akan mendapat jemputan terus ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split bersama-sama dengan pasukan Yoodo Gank.

KATALAKI: Mari kita berikan sokongan padu kepada pasukan negara dan pasukan-pasukan yang korang minati. Yang paling penting jangan toxic dalam livestream nanti please. Jaga maruah negara!

Last modified: 24 July 2019