#GamingNews : Orange Sphynx, MEL-TC & Caprice Buat Team Esports?

Game, Tech

Bulan ini banyak berita-berita tentang esports di Malaysia yang kita dengar. Daripada berita seorang rapper tempatan berhasrat untuk membuat team Esports dia sendiri sehinggalah pasukan Malaysia bertanding di peringkat dunia untuk permainan video CS:GO. Jom kita check out beberapa cerita yang menarik perhatian aku.

ORANGE SPHYNX DREAMHACK SHOWDOWN

Minggu ini, pasukan CS:GO wanita Orange Sphynx akan bertanding di Dreamhack Showdown. Kejohanan ini akan berlangsung bermula besok sehinggalah 7 Julai 2019. Menurut laporan MyGameOn, ini merupakan kali pertama pasukan Orange Sphynx bertanding dalam kejohanan antarabangsa.

Selain gemuruh kerana pertama kali bertanding, Orange Sphynx juga merupakan pasukan pertama yang akan membuka tirai Dreamhack Showdown dengan berlawan pasukan Dignitas Female, sebuah pasukan wanita dari Amerika Syarikat.

Dignitas Female bukan satu pasukan yang biasa-biasa kerana mereka pernah memenangi kejohanan Intel Challenge Katowice 2018 dan 2019 dan tak dilupakan kejohanan GIRLGAMER Esports Festival yang dijalankan pada tahun 2017 dan 2018.

Pasukan Orange Sphynx akan memulakan perlawanan mereka pada jam 5 petang waktu tempatan. Jangan lupa untuk berikan sokongan yang padu dekat team Orange Sphynx dan jangan jadi toxic dekat chat ok guys? Korang boleh check out livestream dia nanti dekat SINI.

MEL-TC: TOURNAMENT DOTA 2 ANTARA UNIVERSITI

Satu kejohanan DOTA 2 yang diberi nama MEL-TC (Malaysia Esports League – Tertiary Championship) Season 1 telah diadakan untuk mencari pemenang antara universiti pengajian tinggi di Malaysia. Untuk Season pertama, mereka akan mencari pasukan daripada seluruh pusat pengajian tinggi di Malaysia seperti Swinburne University di Sabah sehinggalah ke Universiti Sultan Zainal Abidin di Pantai Timur.

MEL-TC telah bermula sejak 13 June 2019 dan akan diteruskan sehingga bulan October untuk pusingan kelayakan dan Grand Final pula akan berlangsung pada 9 dan 10 November 2019 yang akan diadakan di iOi City Mall Putrajaya.

Kejohanan ini dikatakan akan menawarkan prize pool sebanyak RM20,000 bagi direbut oleh pasukan terbaik. Sepanjang kejohanan ini, wakil Malaysia Esports League akan memilih beberapa pemain yang mereka rasa mempunyai potensi bagi mewakili MEL Club untuk bertanding di kejohanan kebangsaan dan juga antarabangsa.

Selain itu, mereka yang terpilih juga akan akan dihantar untuk menghadiri international bootcamp. Semua perlawanan dari group stage sehinggalah grand final akan di livestream di Facebook Page rasmi mereka. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh check dekat Facebook Page dorang.

CAPRICE CARI PLAYER PUBG?

Seorang rapper dan usahawan tempatan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dikatakan dalam usaha mencari beberapa pemain Esports PUBG yang mempunyai potensi besar untuk bersama-sama dengan pasukan Esports-nya sendiri.

Caprice turut dikatakan akan menukarkan rumah apartments miliknya dengan menjadikannya sebuah gaming house untuk pasukan PUBG dia livestream dan berlatih. Selain itu Caprice juga turut akan menaja semua kelengkapan dan akan memberikan gaji tetap sebanyak RM3,000 sehingga RM5,000 sebulan bagi mereka yang layak.

Seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn, mereka yang terpilih cuma perlu livestream bermain permainan video PUBG selama 4 jam sehari di gaming house yang telah disediakan. Selain mencari pemain-pemain secara terbuka, Caprice juga dikatakan mahukan Fredo atau nama penuhnya Ahmad Fuad Razali untuk memasuki pasukannya.

Fredo sebelum ini merupakan pemain Mobile Legends: Bang Bang untuk pasukan Shopee Bosskur tapi telah mengambil keputusan untuk berehat daripada permainan video tersebut dan fokus kepada permainan video PUBG. Fredo dikatakan menyertai pasukan PUBG Bosskur bersama-sama dengan Obot atau nama penuhnya Zulfikar Kene.

Bagi korang yang berminat nak sertai pasukan PUBG Caprice, korang boleh contact person in-charge dia di nombor 016-901 9035. Korang cuma perlu hantar screenshot markah tertinggi korang di PUBG, video highlight terbaik korang dan video berdurasi 10 saat menyatakan kenapa korang nak join pasukan Caprice.

KATALAKI: Gaji paling tinggi RM5,000 tapi nak Fredo? hmmmmm….

Last modified: 24 July 2019