Gary Heidnik – Orang Sebenar Disebalik Watak Buffalo Bill!

Sembang

Aku pasti ada diantara korang yang pernah tengok movie Silence of the Lambs. Bagi yang dah pernah tengok mesti tahu watak utama dia iaitu Hannibal Lecter dan mungkin juga korang perasan ada beberapa watak tambahan dalam movie tersebut yang boleh tahan kejam contohnya Buffalo Bill.

Tapi tahukah korang yang sebenarnya watak Buffalo Bill itu sebenarnya berdasarkan orang dan kisah sebenar? Hari ini aku nak share dengan korang tentang pembunuh bersiri yang sangat terkenal satu masa dulu iaitu Gary Heidnik.

Nama sebenar dia adalah Gary Michael Heidnik. Dia telah dilahirkan pada 22 November 1943 di Cleveland, Ohio. Ibu dan bapa Gary telah bercerai sejak dia dan adik lelakinya masih lagi kecil. Semenjak itu dia telah tinggal bersama-sama dengan ibunya sehinggalah ayahnya mengambil dorang kembali untuk tinggal bersama.

Semasa tinggal bersama dengan ayahnya, Gary dan adik lelakinya selalu didera oleh ayahnya daripada segi fizikal dan mental. Adik lelakinya pernah memberitahu wartawan yang ayahnya pernah memukul dia dan abangnya sehingga mereka pengsan.

Satu hari, semasa Gary dan adiknya sedang bermain, Gary telah terjatuh daripada sebatang pokok dan ini telah menyebabkan kecederaan yang agak teruk pada bahagian kepalanya. Ini juga telah membuatkan kepalanya membesar dalam bentuk yang agak pelik dan ini membuatkan dia diejek semasa dibangku sekolah.

Selepas habis sekolah, Gary telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang US Army. Tapi bermula daripada sinilah semuanya menjadi serba tidak kena dengan kehidupan Gary. Semasa dia bekerja di 46th Army Surgical Hospital di Germany. Satu hari dia telah mengadu yang dia mengalami sakit kepala yang sangat teruk dan pandangannya mula kabur. Doktor yang memeriksa Gary menyatakan dia mempunyai beberapa tanda mental illness.

Pada tahun 1962, Gary telah dihantar pulang ke Amerika Syarikat dan dimasukan di military hospital di Philadelphia. Disana dia telah disahkan mengidap Schizoid Personality Disorder dan dia kemudiannya telah diminta bersara daripada US Army.

Walaupun tidak lagi berkhidmat sebagai US Army, Gary tetap mengambil keputusan untuk berkhidmat dalam bidang medik yang mana dia telah diterima untuk menjadi seorang psychiatric nurse disebuah hopital yang berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Namun selang beberapa tahun, dia telah dipecat kerana gagal untuk hadir bekerja on time dan mempunyai beberapa aduan daripada pesakit yang menyatakan Gary telah bertindak kurang ajar terhadap mereka semasa dirawat oleh Gary.

Selang beberapa tahun selepas itu, Gary yang dulunya berkhidmat sebagai jururawat di hospital ini telah dimasukkan ke hospital yang sama kerana masalah mental dan kerana cuba untuk membunuh diri. Adik lelakinya turut dimasukkan ke dalam hospital kerana cubaan membunuh diri juga.

Pada tahun 1971, Gary telah memulakan membuat gereja dia sendiri yang diberi nama United Church of the Ministers of God. Kegiatan ini mula membuahkan hasil apabila Gary berjaya mengaut keuntungan daripada derma yang diberi oleh orang yang datang ke gereja tersebut.

Dikatakan Gary berjaya memperolehi sehingga berjuta USD. Dengan duit tersebut dia telah membeli sebuah rumah banglo yang besar dan juga kereta mewah seperti Rolls-Royce dan juga Cadillac. Namun duit yang banyak tidak mengelakkan Gary daripada membuat perkara yang gila.

Pada satu hari dia telah diberkas oleh polis apabila dia bertindak menembak orang yang datang kerumahnya. Dua tahun kemudian dia sekali lagi telah ditangkap oleh pihak polis apabila dia telah menculik seorang gadis daripada hospital. Gadis tersebut merupakan adik kepada teman wanita Gary dan gadis tersebut juga mempunyai masalah mental.

Dia kemudiannya telah menghantar kembali gadis tersebut ke hospital tapi selepas pemeriksaan doktor mendapati gadis tersebut telah diliwat. Siasatan lanjutan telah dijalankan dan polis menyatakan Gary telah bertindak mengurung gadis tersebut dibilik bawah tanahnya dan bertindak meliwat gadis tersebut beberapa kali sebelum dihantar pulang ke hospital.

Image Via: https://6abc.com

Gary kemudiannya telah dilepaskan pada tahun 1983. Selepas keluar daripada hospital, Gary mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang wanita warga Filipina yang bernama Betty Disto. Mereka berdua tidak pernah berjumpa sebelum ini dan hanya berkenalan melalui surat. Ternyata ini merupakan satu keputusan yang buruk yang dibuat oleh Betty.

Mereka telah berkahwin pada tahun 1985 dan selepas sahaja berkahwin, Betty mula melihat perangai sebenar Gary. Dia telah beberapa kali dipukul oleh Gary dan Gary juga sanggup mengikat Betty dan memaksa dia melihat Gary melakukan hubungan seks dengan wanita lain.

Betty berjaya melarikan diri daripada terus didera oleh Gary dengan bantuan masyarakat dan jiran terdekat tapi pada masa itu dia telah mengandung anak Gary. Sekarang kita dah tahu beberapa jenayah yang dia pernah lakukan dan sekarang kita akan tengok jenayah-jenayah yang dia telah lakukan yang membuatkan dia disenaraikan sebagai antara pembunuh bersiri paling kejam di Amerika Syarikat.

Mangsa pertama Gary adalah Josefina Rivera. Dia telah diculik oleh Gary semasa dia datang ke rumah Gary. Josefina ketika itu berkerja sebagai pelacur dan disebabkan itu dia datang ke rumah Gary. Josefina telah didera, dipukul, dirogol dan dikurung dibawah bilik bawah tanah Gary.

Salah seorang mangsa Gary iaitu Sandra Lindsay tidak bernasib baik apabila dia telah menemui ajal semasa dikurung oleh Gary. Sandra dikatakan mati disebabkan starvation dan juga luka yang teruk akibat dipukul oleh Gary. Gary kemudiannya mengambil keputusan untuk memotong anggota badan Sandra dan menyimpan anggota badan wanita malang tersebut didalam peti sejuk miliknya.

Gary kemudiannya telah bertindak merebus kepala dan badan Sandra lalu memberikannya kepada wanita-wanita lain yang dia telah culik untuk dimakan. Mangsa Gary paling muda adalah Jacqueline Askins yang mana ketika itu cuma berumur 18 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, kegiatan Gary telah dihidu oleh pihak berkuasa dan dia kemudiannya telah diberkas oleh pihak polis. Polis yang datang ke kediaman Gary menyatakan rumah Gary ketika itu berbau sangat busuk dan apabila mereka turun ke bilik bawah tanahnya, mereka telah menjumpai beberapa orang wanita yang dalam keadaan bogel dan telah dirantai.

Setelah dibicara di mahkamah, hakim telah mengambil keputusan untuk memberikan hukuman mati kepada Gary. Dia telah dihukum mati dengan menggunakan lethal injection. Pada 6 Julai 1999, Gary Heidnik telah dihukum mati.

KATALAKI: Banyak kes-kes pembunuh bersiri yang start dengan kena dera masa kecik.

Last modified: 11 October 2019