Gaya Lipat Captain Tsubasa Yang Pernah Terjadi Di Dunia Realiti

Aktif, Bola

Majoriti peminat sukan bola sepak di Malaysia mesti membesar dengan anime yang pernah popular di TV suatu masa dahulu iaitu Captain Tsubasa yang menceritakan tentang Tsubasa Oozora, seorang budak lelaki yang terlalu minat dengan bola sepak. Tsubasa memulakan karier bola sepak di peringkat sekolah sehingga dapat bermain bersama pasukan Sao Paolo, Barcelona dan berjaya mewakili pasukan bola sepak Jepun untuk bergelar juara di sukan Olimpik.

Captain Tsubasa bermula daripada siri manga yang dicipta oleh Yōichi Takahashi pada tahun 1981, kemudian diadaptasikan kepada anime pada tahun 1983 sehingga lah terhasilnya siri permainan video.

Image Via : fcbarcelona.com

Pada tahun 2012, Daily Mail pernah melaporkan mengenai Fernando Torres yang menjadikan Captain Tsubasa sebagai salah satu punca kenapa Fernando Torres serius mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak profesional.

Image Via : dailymail.co.uk

Pencipta Captain Tsubasa sendiri iaitu Yōichi Takahashi pernah menghadiahkan sebuah lukisan Fernando Torres seakan-akan lukisan Captain Tsubasa kepada Fernando Torres selepas secara rasminya Fernando Torres mengumumkan akan beraksi di liga Jepun bersama pasukan Sagan Tosu pada tahun 2018.

Pada 23 Ogos 2019 hari tu, Fernando Torres mengumumkan persaraan selepas 19 tahun bergelar pemain bola sepak profesional.

Baru-baru ni, fenomena Captain Tsubasa yang pernah popular dengan penyudah Twin Overhead Kick atau Double Bicycle Kick kembali memeriahkan dunia media sosial selepas dua orang pemain yang beraksi di Thai League berjaya menjaringkan gol dengan penyudah sama yang pernah dilakukan oleh Tsubasa Oozora dan Taro Misaki.

Pada tahun 2016, pemain Hull City pernah gak buat Twin Overhead Kick atau Double Bicycle Kick dalam perlawanan menentang Leicester City.

Bekas pemain Harimau Malaya, Safee Sali dan Amirul Hadi pun pernah gak cuba untuk buat penyudah Captain Tsubasa pada tahun 2011 dalam perlawanan menentang Singapura. Nasib baik tak menjadi. Kalau tak memang boleh koyak jaring gawal gol Singapura.

KATALAKI: Bukan senang nak buat Bicycle Kick. Apatah lagi Double Bicycle Kick. 

Last modified: 9 October 2019