Geek Fam Tunjuk Siapa Juara Sebenar!

Sembang

Bulan April ini boleh dikatakan bulan Mobile Legends. Minggu ini telah berlangsung playoff MPL (Mobile Legends: Bang Bang Professional League) musim ketiga yang mana memperlihatkan lapan pasukan dari Malaysia dan juga Singapura bertanding bagi memperlihatkan siapa juara diantara mereka.

Malaysia telah diwakili oleh empat pasukan iaitu Reborn, Geek Fam, Bosskur Gaming dan XPAX X-Assins. Manakala untuk Singapura pula, mereka juga turut diwakili empat pasukan iaitu NARA Esports SG, Bigetron SG, EVOS Esports SG dan Resurgence.

Playoff yang berlangsung selama dua hari iaitu dari 20/04/209 sehingga 21/04/2019 memperlihatkan kepantasan dan kemahiran setiap pasukan dalam menyusun strategic dan mengkaji gameplay pihak musuh.

Setelah dua hari bertungkus lumus, akhirnya piala MPL Season 2 MY/SG menjadi milik Malaysia apabila pasukan Geek Fam berjaya menjinakan “Singa” EVOS Esport SG di peringkat akhir dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM103,000 manakala team EVOS Esport SG membawa pulang RM49,000.

Sementara itu, Mobile Legends: Bang Bang akan mengadakan road tour untuk kempen United We Win 515 yang mana akan diadakan di enam lokasi. Lokasi pertama telah diadakan di Gurney Paragon, Penang pada 21 April yang lepas. Lokasi seterusnya akan diadakan di Aman Central Mall, Kedah pada 27 April, AEON Station 18, Ipoh pada 1 May, Sunway Piramid, Selangor pada 4 May, Domino’s Pizza Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada 11 May dan yang terakhir sekali di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 May.

Terdapat banyak aktiviti yang akan diadakan di setiap lokasi. Antaranya adalah menguji permainan video Mobile Legends: Bang Bang di setiap smartphone HONOR terbaru, Cosplayers Meet & Greet, Dance Competition, Mini Tournament, penampilan khas pasukan Esports Malaysia seperti Mysterious Assassins, Geek Fam dan XPAX X-Assins.

Tidak dilupakan juga penampilan khas 10 kali juara Mr Universe Sazali Samad yang akan hadir sebagai salah satu watak dalam permainan video Mobile Legends: Bang Bang iaitu sebagai Badang. Korang juga boleh dapatkan kad Touch N’ Go Mobile Legends: Bang Bang edisi terhad di setiap lokasi ini.

Akhir sekali developer permainan video Mobile Legends: Bang Bang, Moonton telah mengumumkan yang mereka bakal adakan kejohanan peringkat dunia untuk permainan video tersebut dan katanya ia bakal diadakan di sebuah negara Asia Tenggara.

Nelson Woon selaku Pengurus Pemasaran Serantau Moonton berkata kejohanan tersebut akan melibatkan empat region besar iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Asia Tenggara.

Nama rasmi, lokasi dan tarikh kejohanan tersebut masih dirahsiakan oleh pihak Moonton. Namun pihak Moonton memberi jaminan yang kejohanan tersebut tidak akan bertindih dengan Sukan SEA 2019.

Mereka turut memberitahu yang segala maklumat lanjut akan diberitahu pada kejohanan Mobile Legends Southeast Asia Cup 2019 yang mana akan diadakan pada bulan Jun 2019 nanti. Marilah kita berdoa supaya Moonton akan pilih Malaysia sebagai lokasi Mobile Legends World Cup ini nanti!

KATALAKI: Nak kena training all out ni sebab nak join Mobile Legends Southeast Asia Cup 2019 nanti hahaha!

Last modified: 24 July 2019