Gemini Man: Dua Kali Will Smith, Berkali-Kali CGI

Sembang

Bila kami dapat tahu je ada filem terbaru lakonan Will Smith digandingkan dengan pengarah Ang Lee yang sebelum ni pernah mengarahkan filem Life of Pi, terus menggelupur kami cari trailer filem Gemini Man. Yang belum lagi tengok, layan jap trailer kat bawah ni.

Filem Gemini Man mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Oktober 2019, mengisahkan mengenai Will Smith versi tua (Henry) yang nak bersara daripada terlibat dalam kerjaya pembunuh upahan untuk kerajaan Amerika Syarikat. Bila Henry buat keputusan untuk bersara, Henry mula diburu untuk dibunuh. Pembunuh upahan yang memburu Henry pula sebenarnya klon kepada Henry iaitu Will Smith versi muda (Junior). Lepas tu bermula lah aksi tembak-menembak, kejar-mengejar yang berlaku antara Henry dan Junior.

Image Via : thelaki.com.my

Kami sendiri dah tengok filem Gemini Man versi 3D. Pada pendapat kami, filem ni memang sesuai dan memang dicipta untuk tengok dalam versi 3D. Grafik yang ditampilkan dalam filem Gemini Man memang power teruk. Grafik tersebut termasuklah CGI yang digunakan, teknik kamera dan penggerakan kamera dalam aksi kejar-mengejar. Grafik Will Smith versi muda pun memang nampak real. Memang betul boleh nampak muka Will Smith masa muda. Tahniah gak la untuk Will Smith, bukan senang nak berlakon dua watak yang berbeza umur.

Image Via : thelaki.com.my

Walaupun grafik dalam filem Gemini Man boleh tahan gempak, tapi jalan cerita mungkin agak lemah dan serabut bagi kami. Nasib baik la Will Smith yang berlakon. Lakonan Will Smith yang menyelamatkan filem ni sebenarnya. Contohnya pasal klon. Bila kita tengok trailer pun, kita dah boleh tahu jalan cerita filem Gemini Man mesti ada kena-mengena dengan pengklonan manusia. Tapi dalam filem ni, takde pun tunjuk teknologi atau pun apa yang berlaku dalam proses pengklonan tu. Hanya gunakan dialog untuk bagi penonton faham, klon guna DNA.

Dari awal permulaan filem Gemini Man sampai klimaks, korang memang akan kagum dengan grafik yang ditampilkan dalam filem ni. Kecuali di penghujung filem. Korang akan perasan muka Will Smith versi muda (Junior) nampak pelik dan menakutkan. Mungkin ada kesalahan atau kekurangan CGI kat situ. Sayang sekali, masa filem dah nak habis baru kantoi cacat cela muka Will Smith versi muda (Junior) gunakan teknologi komputer.

Image Via : thelaki.com.my

Ini antara respons orang ramai yang dah pun tengok filem Gemini Man.

KATALAKI: Yang memang tak pernah terlepas tengok Will Smith berlakon dalam filem, kena tengok filem Gemini Man ni.

Last modified: 4 October 2019