Genap 18 Tahun, Ini Pelakon Asal Yang Masih Kekal

Sembang

Berapa umur korang sekarang ni? Tolak dengan 18. Tu lah umur korang masa pertama kali tengok filem The Fast and the Furious yang mula ditayangkan pada tahun 22 Jun 2001. Pada 22 Jun 2019, genap 18 tahun kewujudan siri filem The Fast and the Furious dalam industri perfileman. Macam tak percaya gak dah 18 tahun kita layan filem-filem The Fast and the Furious.

Sepanjang 18 tahun ni, dah ada 7 filem sequel dan prequel termasuk lah 1 filem spin-off terbaru The Fast and the Furious, Hobbs & Shaw yang akan mula ditayangkan pada Ogos 2019 nanti.

Rasanya memang ramai pelakon hebat dan ternama yang pernah terlibat dalam siri filem The Fast and the Furious. Betapa dekatnya filem The Fast and the Furious ni dengan kehidupan kita, masa Paul Walker meninggal pada tahun 2013, satu dunia terkejut dan macam tak percaya.

Sempena ulang tahun filem The Fast and the Furious, jom kita nak tengok pelakon mana yang masih lagi kekal berlakon daripada filem pertama The Fast and the Furious sehingga yang terkini, The Fate of the Furious atau Fast 8 yang ditayangkan pada tahun 2017.

Dominic Toretto/Vin Diesel

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

Dominic Toretto merupakan watak paling penting dalam siri filem The Fast and the Furious. Daripada filem pertama sampai yang terkini, polis tak pernah berhenti memburu Dominic Toretto. Sebab tu la filem ni dah 18 tahun tak habis-habis lagi kot.

 

View this post on Instagram

 

Happy Toretto Tuesday… #Fast9 2020

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

Tahun 2020, kita standby nak layan filem Fast 9 lak. Vin Diesel mula melibatkan diri dengan kerja di sebalik tabir sebagai salah seorang penerbit siri filem The Fast and the Furious pada tahun 2009 untuk filem Fast & Furious dan masih lagi kekal sebagai penerbit untuk filem yang terkini. Ada satu je siri filem The Fast and the Furious yang takde kemunculan Vin Diesel iaitu filem 2 Fast 2 Furious pada tahun 2003.

Letty Ortiz/Michelle Rodriguez

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michelle Rodriguez (@mrodofficial) on

Chinggey kepada Dominic Toretto yang disangkakan dah terkorban dalam filem Fast & Furious. Rupanya masih lagi hidup dan kembali buat kemunculan dalam filem Fast & Furious 6 pada tahun 2013.

Mia Toretto/Jordana Brewster

 

View this post on Instagram

 

5 years without you today. I miss you. I love you.

A post shared by jordanabrewster (@jordanabrewster) on

Mia Toretto merupakan adik kepada Dominic Toretto dan balu kepada Brian O’Conner lakonan Paul Walker. Ada 2 je siri filem The Fast and the Furious yang takde kemunculan watak Mia Toretto iaitu filem 2 Fast 2 Furious dan Tokyo Drift.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jordanabrewster (@jordanabrewster) on

Dalam filem terbaru, The Fate of the Furious, dah takde lakonan watak Mia Toretto dan Brian O’Conner. Tapi nama watak masih lagi disebut dan ditunjukkan melalui gambar.

KATALAKI: Filem Fast 9 tengah dalam pembikinan sekarang ni. Salah satu tempat yang dipilih oleh produksi Fast 9 ialah Krabi, Thailand.

Last modified: 1 July 2019