Geng Bola Wajib Follow Kat Instagram

Aktif, Bola

Bola sepak antara sukan paling diminati ramai. Boleh dikatakan semua negara di dunia ni ada rakyatnya yang bermain dan gila bola sepak. Walaupun negara tu takde padang bola! Dengan zaman yang semakin moden ni, bola sepak pun turut ikut sama masuk ke era moden. Contohnya, VAR, Goal-Line Technology, siaran langsung kat TV korang tengok tu siap HD!

Bukan je dalam padang je semakin moden dan canggih, sekarang ni bila favourite team korang score pun boleh dapat notification kat handphone betul? Kini, social media sangat membantu geng kaki bola untuk dapatkan info-info terkini bola sepak terutama sekali bola sepak kat Malaysia.

So, dalam artikel kali ni aku sediakan untuk korang antara geng bola kat Instagram yang aktif suap kita semua pasal bola. Terima kasih bosskurr! Jom kita follow satu-satu kat bawah ni.

@abangbola

 

View this post on Instagram

 

Siapa bakal manager baru Real Madrid ?. . Katanya Presiden Florentino Perez nak bawak masuk Antonio Conte. Mauricio Pochettino pilihan kedua. . apa apa pun, bak kata kapten Sergio Ramos, manager baru kelab gergasi tersebut tak boleh jenis tegas sangat. kerana sejarah kebelakangan ni tunjuk kan para pemain Real Madrid lebih suka manager yang easy going dan mesra. yang kepala angin dan suka nak tunjuk hero tak akan bertahan lama. Respect is earned in Real Madrid kata Ramos. Carlo Ancelotti dan Zinedine Zidane antara contoh punyai personaliti positif tersebut sebelum ni. . Jawatan manager Real Madrid antara yang paling susah dalam dunia bolasepak. ditambah Presiden nya Perez pulak tu. dia mula2 je suka kau tapi lama2 siap la kalau tak perform atau tak sebulu. dia tak pernah kesah. jenis hati kering… . ⚽️🔥 #abangbola 

A post shared by @ abangbola on

Start aktif di Instagram pada Jun 2015, @abangbola banyak memberi ulasan tersendiri tentang isu-isu yang berlaku dalam arena bola sepak. Bukan je posting dan ulasan isu bola sepak dalam dan luar negara, @abangbola pun rajin update pasal Fantasy Premier League! Tapi ulasan @abangbola kat bahagian caption tu yang selalu menarik perhatian aku. Bukan menghentam je, tapi siap bagi solution dekat sesuatu isu. Cer korang pergi try baca. Terbaek @abangbola!

@si_kakibangku

Kalau dengar nama kaki bangku je mesti kita terus cop tak tau pasal bola atau tak reti main bola kan? Lain pula dengan IG @si_kakibangku ni, korang boleh dapatkan info dan fakta terkini bola sepak di dalam dan luar negara.

Takde langsung posting @si_kakibangku yang menunjukkan bias dengan mana-mana team. @si_kakibangku lebih fokus kepada posting mengenai sejarah, info perlawanan, statistik dan fakta. Tak kisah korang sokong team mana, sila lah follow IG @si_kakibangku. Yang dah follow, cunnn.

@bbst15

BBST tu maksudnya Berita Bola Sepak Terkini. 15 tu sebab IG @bbst15 ni mula aktif pada 1/5/2012. @bbst15 selalu update mengenai keputusan perlawanan bola sepak di dalam dan luar negara. So, kalau korang selalu miss nak tengok game, boleh la usha IG @bbst15 untuk tau team korang kena lauk ke tak.

Yang menarik dalam posting @bbst15 ialah grafik yang direka sendiri oleh team admin @bbst15. Betapa bersungguhnya @bbst15 nak suapkan korang dengan berita bola sepak. Apa tunggu lagi tu der? Sila follow.

@duniasukan

 

View this post on Instagram

 

Inilah helmet dengan rekaan istimewa yang akan digunakan @hafizh_syahrin bagi perlumbaan hujung minggu ini. Foto: @motogp

A post shared by Majalah Dunia Sukan (@duniasukan) on

Bukan je pasal bola sepak, korang boleh tau juga pasal UFC, MotoGP, Badminton dan macam-macam lagi lah. @duniasukan juga aktif memberikan berita terkini di laman web, majalah dan YouTube. E-majalah pun ada! Ni lah tempat untuk korang terus up-to-date dengan info-info sukan di dalam dan luar negara. World Cup di Rusia hari tu pun dorang pergi! Baekk.

@ligabolasepakmalaysia

Lebih fokus kepada posting mengenai bola sepak Malaysia, @ligabolasepakmalaysia lah port untuk korang kenal dan bermanja-manja dengan liga bola sepak tempatan. Daripada liga akar umbi sampailah ke Liga Super, semua dorang update! Pasal Harimau Malaya tu dah confirmed! Sila lah serbu IG @ligabolasepakmalaysia.

Ni lah antara IG bola sepak kat Malaysia yang selalu menjadi pilihan aku untuk dapatkan info pasal bola. Korang jangan ingat ni iklan promote dorang lak! Aku memang follow dorang ni kat IG. Tak caye cer check IG aku @ijalazhar. 😂

Ada lagi tak IG bola yang korang follow takde dalam ni? Cer comment kat bawah.

KATALAKI: Time tengok bola, kau ajak keluar. YA ALLAH!!!!

Last modified: 7 November 2018

2 Responses to :
Geng Bola Wajib Follow Kat Instagram

  1. Izzue says:

    @duniabola25 pun antara yang best gak

    1. IJALAZHAR says:

      Cunnn. Follow skang gak

Comments are closed.