Geng Kamen Rider Berkumpul Dalam Satu Movie!

Sembang

Bagi korang yang meminati siri Kamen Rider, movie terbaru Kamen Rider iaitu Kamen Rider Heisei Generations Forever dah confirm akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam di Malaysia pada hari sabtu 30 March 2019 bro!

Dorang dah keluarkan trailer untuk movie ini pada November tahun lepas lagi dan telah ditayangkan di Jepun pada December 2018. Lepas puas peminat-peminat Kamen Rider di Malaysia pujuk dan merayu untuk movie ini ditayangkan di Malaysia, akhirnya movie ini berjaya juga ditayangkan disini.

Movie ini akan menampilkan pelbagai crossover Kamen Rider daripada siri yang berbeza-beza. Ini termasuk daripada siri Kamen Rider Build sehinggalah Kamen Rider Zi-O. Memang ramai gilalah Kamen Rider dalam movie ni.

Kamen Rider Heisei Generations Forever menceritakan tentang Sougo Tokiwa iaitu Kamen Rider Zi-O dan Sento Kiryu iaitu Kamen Rider Build bergabung tenaga bersama-sama Kamen Rider lain daripada era Heisei untuk menghalang Tid, seorang Super Time Jacker yang berniat untuk menghapuskan sejarah dan kewujudan Kamen Rider daripada era Heisei.

Antara Kamen Rider yang akan muncul dalam movie Kamen Rider Heisei Generations Forever adalah:

KAMEN RIDER ZI-O

Sogo Tokiwa merupakan seorang remaja berumur 18 tahun yang telah didatangi oleh Tsukuyomi dan Black Woz yang merupakan manusia daripada masa hadapan. Sogo dikatakan akan menjadi seorang raja yang kejam pada masa hadapan, jadi untuk merubah masa hadapannya, dia cuba menjadi manusia yang baik dan membantu orang ramai dengan menjadi Kamen Rider Zi-O.

KAMEN RIDER BUILD

Sento Kiryu merupakan seorang genius yang melakukan experiment dengan Fullbottles yang mana digunakan untuk menaiktaraf lagi superpower dia bila berubah menjadi Kamen Rider Build.

TID

Tid merupakan seorang Time Jacker, orang yang daripada masa hadapan daripada zaman Sogo Tokiwa menjadi seorang raja yang kejam. Mereka ingin menghapuskan Sogo sebelum dia menjadi raja dan menjadikan orang dorang sendiri menjadi raja. Tid juga orang yang bertanggungjawab mencipta Another Rider, salah satu versi Kamen Rider tapi versi jahat.

ANOTHER RIDER

Another Rider merupakan satu kumpulan Kamen Rider yang ada sekarang tapi versi jahat. Time Jacker akan mencipta Another Watch yang sama seperti Ridewatches yang digunakan oleh Kamen Rider Zi-O untuk menyeru kuasa daripada Kamen Rider terdahulu. Another Watch hanya boleh dicipta oleh Time Jacker sahaja.

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu bangun pagi-pagi time sabtu dan ahad sebab nak tengok Kamen Rider. Lepas habis saja cerita Kamen Rider, mesti berkumpul dengan jiran-jiran lepas tu berlakon jadi Kamen Rider dekat depan rumah hahaha!

KATALAKI: Sebelum korang pergi tengok Kamen Rider Heisei Generations Forever, aku nak pesan jangan rekod video dalam wayang lepas itu post dekat Facebook!

Last modified: 27 March 2019