Genghis Khan – Berjaya Menyatukan Semua Puak Mongol!

Sembang

Bila bercakap tentang Genghis Khan, ramai orang mempunyai pendapat yang berbeza. Jika dilihat dari segi sejarah, dia merupakan antara warlords yang terhebat pernah wujud. Untuk pengetahuan korang, Genghis Khan dilahirkan pada 1162 AD dan nama sebenarnya adalah Temujin.

Genghis dilahirkan dalam puak Borjigin dan merupakan anak kepada Khabul Khan. Kehidupannya dari kecil sememangnya agak mencabar. Semasa umur dia 9 tahun, dia melihat ayahnya sendiri mati di depan matanya akibat diracun oleh pihak musuh.

Dia kemudiannya berjaya melarikan diri dan mahu mengganti tempat ayahnya sebagai ketua puak Borjigin. Namun disebabkan dia masih kanak, ramai orang tidak bersetuju dan kemudiannya dia dan keluarganya telah disisihkan oleh puaknya sendiri.

Namun dia tidak berputus asa. Dia tetap dengan pendiriannya untuk menjadi ketua puak dan membalas dendam akan kematian ayahnya. Dia sanggup bertindak membunuh abangnya sendiri demi memastikan dia akan menjadi ketua puak seterusnya.

Pada usia 16 tahun, Genghis Khan telah berkahwin dengan gadis bernama Borte. Borte merupakan anak kepada ketua puak lain dan perkahwinan ini dilihat sebagai satu cara untuk menyatukan kedua-dua puak. Tapi sebaik sahaja perkahwinan dia selesai, isterinya telah diculik oleh puak musuh.

Borte telah dipaksa untuk menjadi isteri kepada ketua puak tersebut dan ini membuatkan Genghis menjadi lebih marah. Genghis bersama-sama dengan sahabat baiknya, Jamukha dan orang yang menjaganya dari kecil iaitu, Toghrul telah mengambil keputusan untuk menyerang kem puak musuh.

Dia telah berjaya menyelamatkan isterinya dan mereka telah mempunyai 4 orang anak lelaki. Walaupun sepanjang hidup Genghis dia banyak gundik yang dijadikan sebagai isteri, namun Borte tetap menjadi isteri utamanya dan hanya anak yang lahir daripada hasil perkahwinan Genghis dan Borte sahaja layak menjadi ketua puak Borjigin.

Pada usia 20 tahun, Genghis telah diserang dan ditangkap oleh puak yang dahulunya menjadi sekutu puaknya iaitu puak Taichi’uts. Dia telah diseksa dengan sangat teruk namun dia tidak pernah patah semangat. Setelah beberapa hari diseksa, dia berjaya melepaskan diri.

Sebaik sahaja dia pulang, dia terus membentuk satu pasukan pahlawan yang terdiri daripada ahli puaknya dan beberapa ahli puak yang lain. Dia kini mempunyai satu misi iaitu menyatukan semua puak yang ada dibawah satu nama. Dan bagi mereka yang tidak bersetuju, dia tidak mempunyai pilihan lain selain membunuh mereka.

Daripada kumpulan yang kecil, dia berjaya mengumpul sehingga 20,000 pahlawan daripada pelbagai puak untuk sama-sama berjuang dengannya. Misi pertamanya adalah menyerang puak Tatars, puak yang bertanggungjawab membunuh ayahnya ketika Genghis masih kecil.

Setelah berjaya menghapuskan puak Tatars, Genghis kemudiannya menyerang puak Taichi’uts pula. Dengan kekuatan askar dan kepintarannya menyusun strategik, dia berjaya menumbangkan puak Taichi’uts dan kemudiannya bertindak merebus ketua-ketua puak Taichi’uts dalam air panas hidup-hidup!

Beberapa tahun kemudian, dia telah berjaya menumbangkan puak Mongolia yang paling berkuasa iaitu puak Naiman kerana mereka tidak bersetuju untuk bersatu dibawah satu nama. Dengan kejatuhan puak Naiman, ini membuatkan puak Borjigin mendapat kuasa penuh dikawasan tengah dan timur Mongolia.

Setelah berjaya menumbangkan semua puak-puak terhebat yang ada dalam Mongolia, akhirnya Genghis berjaya menyatukan puak-puak yang masih ada. Disebabkan kehebatan ini, dia telah diberikan gelaran Khan yang bermaksud Universal Ruler.

Disebabkan kehebatan ini juga, dia turut dikatakan sebagai jelmaan Mongke Koko Tengri yang bermaksud Eternal Blue Sky iaitu salah satu Tuhan yang dipuja oleh orang-orang Mongolia dulu-dulu. Ini telah membuatkan lebih ramai askar menyertai Genghis dalam usahanya yang seterusnya iaitu menyerang kerajaan China.

Pada 1207 AD, dia dan bala tenteranya telah menyerang kerajaan Xia Xia yang terletak di barat laut China. Selama dua tahun berperang, akhirnya kerajaan Xia Xia menyerah diri kepada Genghis Khan. Dia tidak berhenti disitu sahaja, dia seterusnya telah menyerang Dinasti Jin pula dan peperangan ini telah berlarutan selama 20 tahun!

Walaupun Genghis dilihat seperti orang kasar, namun setiap kerajaan yang berjaya dia jajah dilihat menjadi lebih baik selepas dijajah. Genghis juga memberikan kebebasan agama kepada semua rakyat yang berada dibawah jajahannya dan rumah-rumah sembahyang dikecualikan membayar cukai kepada kerajaannya.

Genghis Khan telah mati pada tahun 1227 AD dan kematiannya masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang kerana tiada siapa yang tahu sama ada dia mati disebabkan penyakit ataupun sebab lain. Perkara ini turut menjadi sukar kerana siapa tahu kubur sebenar Genghis Khan.

Semasa mereka hendak menanam mayat Genghis Khan, mayatnya telah dibawah ketempat tersembunyi dan sesiapa sahaja yang mereka jumpa semasa membawa mayat Genghis Khan akan dibunuh bagi memastikan tiada siapa tahu kubur sebenarnya.

Dia juga melarang ahli puaknya untuk membuat apa-apa monumen bagi menghormati kematiannya. Menurut lagenda, orang yang membawa dan menanam mayatnya turut menamatkan hayatnya dengan membunuh diri bagi memastikan tiada siapa yang tahu kedudukan sebenar kubur Genghis Khan.

KATALAKI: Antara movie adaptasi tentang Genghis Khan, aku paling suka movie Mongol: The Rise to Power of Genghis Khan. Nanti korang try tengok movie ni!

Last modified: 15 August 2019