GIGABASH – Game Pertempuran Raksasa Buatan Malaysia!

Game, Tech

Mungkin sebelum ini korang pernah baca tentang gamegame buatan Malaysia yang pernah aku tulis tapi ada satu lagi permainan video buatan Malaysia yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Permainan video tersebut adalah Gigabash!

Seperti yang dilaporkan oleh MyGameOn, permainan video Gigabash adalah satu permainan video berbentuk Brawler Arena yang dihasilkan oleh Passion Republic Games. Kalau korang nak tahu, Passion Republic Games merupakan satu gaming studio yang bertapak di Malaysia dan pernah terlibat dalam permainan video Uncharted: The Lost Legacy dan juga Batman: Arkham Asylum.

Pada Tokyo Game Show (TGS 2019) yang berlangsung baru-baru ini, Passion Republic Games telah memperlihatkan trailer bagi permainan video terbaru mereka iaitu Gigabash secara rasmi. Bila melihat trailer ini, ia membuatkan aku teringat kepada permainan video Rampage.

Dalam permainan video ini, ia menampilkan pelbagai raksasa yang mana akan berlawan antara satu sama lain di bandar-bandar dan tempat exotic di seluruh dunia. Korang boleh memilih pelbagai raksasa dan berlawan dengan rakan-rakan korang. Permainan video ini boleh dimainkan sehingga empat orang dalam satu-satu masa.

Korang juga boleh bermain secara solo dan menghancurkan pelbagai bangunan dan segala benda yang ada di sekeliling korang dan mengumpul sebanyak mungkin point yang korang boleh dapatkan sehingga masa tamat. Pada awal permainan raksasa korang mungkin nampak kecil tapi lebih banyak Giga Point korang dapat kumpul, korang dapat merubah raksasa korang menjadi S-Class Monster yang lebih besar!

Korang juga boleh menggunakan apa sahaja disekeliling korang sebagai senjata dan gunakannya untuk melawan rakan-rakan korang. Korang boleh gunakan bangunan, kereta dan banyak lagi. Kalau dilihat daripada trailer yang dorang tunjukan, terdapat lebih kurang 10 monsters yang korang boleh pilih.

Buat masa ini, tiada lagi info bila permainan video Gigabash ini akan dikeluarkan namun apa yang kita tahu adalah permainan video ini akan dikeluarkan dekat konsol PS4 dan juga PC. Bagi aku game Gigabash ini satu game yang sangat menarik untuk dimainkan dengan kawan-kawan korang!

KATALAKI: Tak sabar nak tunggu game ni keluar!

Last modified: 13 September 2019