Glambot, Kamera Paling Win Di The Oscars 2019

Sembang

Masa tengah kecoh pasal The Oscars hari tu, ada satu benda yang ramai orang tak perasan ialah Glambot. Apa benda Glambot ni? Apa kena mengena Glambot dengan The Oscars?

The Oscars, juga dikenali sebagai Academy Awards, baru-baru ni dah pun berlangsung untuk kali yang ke-91 pada 24 Februari hari tu. Semua pun rasanya dah tahu pelakon mana yang menang, filem apa yang menang dan banyak lagi lah anugerah yang disampaikan. Yang tak tahu tu boleh Google.

Glambot ialah robot kamera berteknologi tinggi yang disediakan oleh E! untuk menunjukkan shot yang gempak-gempak masa selebriti-selebriti popular lalu kat red carpet. Sebelum ni pernah gak E! sediakan Glambot untuk Grammy Awards dan Golden Globe Awards. Korang mesti terpegun tengok hasil yang ditunjukkan oleh Glambot ni. Tapi sabar jap, kita study sikit pasal Glambot ni.

Glambot ni juga dikenali sebagai Bolt High Speed Cinebot, robot kamera paling laju dan paling pantas di dunia sekarang ni. Glambot berkeupayaan untuk merakam video dengan kelajuan 10,000 frames per second gais. Nak buat video super duper slow mo memang boleh sangat la dengan Glambot ni.

Korang dah ready nak tengok hasil Glambot ni? Nah usha video kat bawah.

The Oscars 2019
Grammy Awards 2019
Golden Globe Awards 2019

KATALAKI: Bila agaknya kamera canggih macam ni nak sampai kat AJL.

Last modified: 11 September 2019