Go Eat – Apps Food Delivery Tawar Masakan ‘Home-cook’

Tech

Aplikasi perkhidmatan ‘food delivery’ sudah jadi suatu kemestian atau keperluan buat kita bila dah masuk zaman tahun 2020 ni. Cakap je nak makan apa dan tanpa perlu risau tentang waktu jam berapa yang kita nak makan. Semuanya jenis masakan yang kita inginkan boleh kita dapatkan hanya di hujung jari, tanpa kita bersusah payah nak keluar ke kedai atau pun restoran, semuanya kita boleh order saja, dan hampir daripada semua jenis restoran terkenal boleh kita boleh order saja menu hidangan yang kita inginkan.

Go Eat  merupakan antara yang aplikasi servis terbaharu yang mula penempa nama dalam industri aplikasi di Malaysia. Aplikasi Go Eat diasaskan daripada idea yang dicetus oleh dua anak muda tempatan iaitu Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman dan pelakon popular, Fikry Ibrahim. Aplikasi Go Eat ini merupakan aplikasi servis penghantaran makanan yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan di Malaysia.

“Seperti kita ketahui beberapa perkhidmatan serupa adalah jenama dari luar negara jadi saya terfikir mengapa tidak kita tampil dengan sebuah jenama tempatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.” menurut Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman dalam sebuah interview bersama Mstar. Malah, keseluruhan kaki tangan Go Eat juga dibarisi oleh anak-anak tempat yang menjadi ‘back-bone’ kepada aplikasi yang tampil dengan warna tema Hitam dan Kuning.

Image via: Thelaki.com.my

NAK MAKAN MASAKAN RUMAH?

Selain menawarkan servis penghantaran makanan, antara servis menarik yang membuatkan aplikasi Go Eat lain daripada aplikasi food delivery yang lain adalah ianya menawarkan masakan ‘home-cook’ atau masakan yang dimasak di rumah. Berani untuk tampil dengan kelainanan seperti ini, Fikry Ibrahim memberitahu idea tersebut tercetus apabila memandangkan di Malaysia terdapat ribuan peniaga kecil-kecilan yang mempunyai pelbagai jenis produk makanan yang berkualiti. Jadi, dengan adanya ciri-ciri yang ditawarkan di dalam Go Eat untuk para penguna, aplikasi ini turut memberi ruang atau pun platform untuk peniaga-peniaga ini mempromosikan dan mengembangkan perniagaan makanan keluaran mereka.

Dengan servis ciri-ciri ‘home-cook’ ini, aplikasi Go Eat ini bertujuan untuk membantu ibu tunggal atau suri rumah yang berniaga online atau yang membuka gerai kecil-kecil agar mereka turut mendapat manfaat daripada servis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Go Eat. Servis ini bukan hanya membuka peluang kepada rider penghantar makanan, malah turut mengembangkan lagi business peniaga-peniaga persendirian.

Selepas pelancaran aplikasi Go Eat pada 18 Januari 2020, aplikasi yang dibangunkan sejak tahun 2016 ini telah berjaya mengumpul hampir kira-kira 4,000 peniaga ‘home-cook‘ sudah mendaftar sebagai vendor dengan mereka selain hampir 3,400 rider penghantar makanan.

Mengunakan pendekatan user friendly, aplikasi Go Eat sudah boleh di muat-turun di kedua-dua peranti IOS Appstore atau juga boleh di muat-turun di Android Playstore. Go Eat turut menyasarkan jumlah download sehingga mencecah 1,000,000 pengguna dalam tempoh 6 bulan operasi dan merancang untuk membawa jenama aplikasi Go Eat ini ke luar negara seperti Indonesia, Vietnam, Filipina dan Australia.

KATALAKI: Apps ciptaan tempatan semakin mengembang. Jyeah!

Last modified: 20 January 2020