“God’s Eye” Pulau Pinang?

Sembang

Korang minat movie Fast and Furious tak? Ingat lagi tak dalam Furious 7, Dom and the gang kene selamatkan seorang hacker yang kena culik sebab nak guna satu software yang dorang panggil God’s Eye.

God’s Eye ni mampu untuk hack setiap kamera dan audio system dalam dunia. Ianya digunakan untuk track sesiapa saja dan dalam movie ni dorang buru Shaw menggunakan satellite tracking. God’s Eye ni juga mampu mengesan sesiapa saja dalam masa bawah 4 minit.

But wait, Ape kena mengena God’s Eye dengan Penang? Bagi korang yang tak dengar cerita lagi, Penang sekarang sudah menggunakan facial recognition CCTV system untuk mengesan penjenayah yang sedang berada di pulau pinang. Dengan Sistem AI, CCTV ini juga mampu identify penjenayah dengan lebih tepat.

Terdapat 767 CCTV yang telah dipasang diseluruh negeri Pulau Pinang yang mana digunakan untuk mengumpul lebih banyak data untuk membenteras jenayah dengan lebih ekfisyen. Pihak kerajaan Pulau Pinang katanya akan menambah lagi CCTV sehingga 3,000 biji untuk digunakan diseluruh Pulau Pinang!

Kata kerajaan Pulau Pinang lagi, CCTV ini hanya digunakan untuk mengesan penjenayah yang dikehendaki dan yang sedang berada dalam wanted list pihak polis sahaja dan tidak akan menggunakannya untuk mengumpul data penduduk pulau pinang.

Tapi mereka tidak menidakan yang pada masa hadapan, CCTV ini mungkin boleh digunakan untuk perkara lain selain daripada mengesan penjenayah. Ketua polis Pulau Pinang menyatakan yang mereka akan memastikan segala data yang mereka dapat dari CCTV ini akan dijaga dengan rapi.

Sebelum ini, Kerajaan China juga telah melaksanakan system seperti ini cumanya ianya lebih digunakan untuk track rakyat dia sendiri dan bagi ranking kepada rakyat dorang menggunakan system Social Credit.

Social Credit System ini keep track setiap penduduk di China. Bila ada rakyat China yang buat kesalahan tak kiralah kesalahan kecik or besar macam buang sampah merata-rata or langgar lari contohnya, rakyat tersebut akan diberikan demerit yang mana akan mengurangkan social score mereka.

Bagi rakyat yang social score mereka berada pada tahap teruk, mereka tidak akan dapat akses sebarang kemudahan awam. Antara contohnya adalah seperti tidak dibenarkan menaiki kapal terbang ataupun kereta api.

Kepantasan internet mereka juga akan dikurangkan dan anak-anak mereka akan dilarang untuk belajar di sekolah-sekolah yang terbaik di China.

Banyak lagilah benda yang rakyat China akan didenda kalau social credit score dorang rendah. Adakah Pulau Pinang jugak akan buat benda yang sama macam China buat dekat rakyat dorang? Harap-harap takdalah jadi sampai macam tu sekali.

KATALAKI: Apa yang aku risau adalah kalau system ni di hack oleh penjenayah. Sangat-sangatlah bahaya!

Last modified: 7 January 2019