Gol Hat-Trick Paling Pantas Di Premier League

Aktif, Bola

Macam mana dengan prestasi pasukan kegemaran korang dan mata dalam pasukan Fantasy Premier League korang untuk minggu pertama ni? Meletup ke melingkup? Ini senarai 10 pasukan terbaik Liga Fantasi Thelaki untuk minggu pertama. Yang belum lagi join tu, sila-sila la. Nak dapatkan kod Liga Fantasi Thelaki boleh tengok kat sini.

Memang hebat la jangkaan korang yang buat Raheem Sterling sebagai Triple Captain untuk minggu pertama ni. Setakat ni Raheem Sterling merupakan penjaring terbanyak Premier League selepas berjaya jaringkan gol hat-trick. Lek ah, baru minggu pertama.

Image Via : premierleague.com

Dalam perlawanan West Ham menentang Man City hari tu, Raheem Sterling mengambil masa selama 40 minit untuk melengkapkan jaringan gol hat-trick. Tapi korang tahu tak pemain mana yang pernah menjaringkan gol hat-trick paling pantas kat Premier League? Mari kita tengok.

Jermain Defoe – 7 Minit

 

View this post on Instagram

 

Just a few hat-trick balls at mums #missing

A post shared by Jermain Defoe OBE (@iamjermaindefoe) on

Pada tahun 2009, Jermain Defoe yang beraksi bersama Tottenham Hotspur berjaya menjaringkan gol hat-trick dalam masa 7 minit menentang Wigan Athletic.

Keputusan penuh, Tottenham Hotspur berjaya tewaskan Wigan Athletic dengan jaringan 9-1. 5 gol daripada Jermain Defoe.

Image Via : premierleague.com

Robbie Fowler – 4 Minit 33 Saat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rob9fowler on

Robbie Fowler hanya perlukan masa selama 4 minit 33 saat untuk menjaringkan gol hat-trick menetang Arsenal pada tahun 1994.

Gol tersebut dijaringkan pada minit ke-26, 29 dan 31. Jaringan gol 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Masa tu, David James merupakan penjaga gol Arsenal.

Image Via : premierleague.com

Sadio Mane – 2 Minit 56 Saat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sadio Mane (@sadiomaneofficiel) on

Masih lagi memegang rekod gol hat-trick terpantas di Premier League sehingga kini, Sadio Mane berjaya meledak 3 gol menentang Aston Villa dalam masa kurang 3 minit pada tahun 2015. Masa tu, Sadio Mane masih lagi beraksi bersama Southampton.

Keputusan penuh, Southampton berjaya mengalahkan Aston Villa dengan jaringan 6-1. Pada tahun 2016, Sadio Mane dibeli oleh Liverpool daripada Southampton.

Image Via : premierleague.com

KATALAKI: Ada ke pemain lain yang boleh jaringkan gol hat-trick kurang dari 2 minit 56 saat? Takkan la kot.

Last modified: 13 August 2019