Gol Paling Banyak Dalam Satu Perlawanan Premier League

Aktif, Bola

Pemain yang masih lagi memegang rekod penjaring gol terbanyak di Premier League adalah Alan Shearer yang pernah beraksi bersama Blackburn Rovers dan Newcastle United, menjaringkan 260 gol dalam 441 perlawanan Premier League.

Buat masa ni, satu-satunya pemain yang masih lagi aktif di atas padang, berpeluang untuk mengejar rekod Alan Shearer adalah penyerang berbisa Manchester City, Sergio Agüero yang dah menjaringkan 180 gol di Premier League. Sempat ke Sergio Agüero kejar rekod Alan Shearer memandangkan tahun ni Sergio Agüero dah pun berumur 32 tahun?

Selain daripada rekod penjaring terbanyak, ada lagi rekod yang pernah tercipta di Premier League melibatkan pasukan Premier League tidak ternama, rekod yang tak berjaya lagi dipecahkan oleh pasukan lain sejak tahun 2007 iaitu gol yang paling banyak dihasilkan dalam satu perlawanan Premier League.

Di awal permulaan musim 2007/08, musim yang menjadi saksi Manchester United menjulang piala Premier League kali ke-9 dalam sejarah, menemukan pasukan Portsmouth, dibimbing oleh Harry Redknapp, dan pasukan Reading yang berakhir dengan keputusan 7-4, 11 gol dihasilkan dalam satu perlawanan Premier League, mencipta sejarah baru Premier League.

Portsmouth yang dibarisi oleh pemain-pemain ternama antaranya David James, Glen Johnson, Sol Campbell, Niko Kranjčar dan Benjani, menjaringkan 7 gol termasuk 1 gol sendiri pihak lawan pada minit ke-7, 37, 55, 70, 75, 81 dan 90+2.

Reading yang tersingkir ke liga bawahan di penghujung musim 2007/08, berjaya melawan dengan menghasilkan 4 gol termasuk 1 gol sendiri pihak lawan pada minit yang ke-45, 48, 79 dan 90+4.

Pada tahun 2009, perlawanan Premier League antara Tottenham Hotspur dan Wigan Athletic hampir bersaing dengan rekod yang dipegang oleh Portsmouth dan Reading, tapi hanya mampu menghasilkan 10 gol dalam perlawanan selepas Tottenham Hotspur membenam Wigan Athletic dengan jaringan gol 9-1. Penyerang legenda Tottenham Hotspur, Jermain Defoe berjaya menyumbat 5 gol dalam perlawanan tersebut.

KATALAKI: Penonton yang paling seronok bila banyak gol dihasilkan dalam satu perlawanan.

Last modified: 5 April 2020