Google Ban Huawei – Ini Yang Korang Perlu Tahu!

Gadget, Tech

Huawei merupakan sebuah smartphone buatan China yang kini semakin popular dan banyak mengeluarkan smartphonesmartphone berkualiti tinggi pada harga yang jauh lebih murah berbanding jenama besar seperti Samsung dan juga Apple.

Pada tahun 2018, Huawei telah memotong Apple sebagai pengeluar smartphone kedua terbesar di dunia dan sedang menghampiri Samsung yang kini masih lagi menjadi pengeluar smartphone paling terbesar di dunia. Namun baru-baru ini pihak Huawei telah menemui beberapa jalan buntu untuk membesarkan empire mereka apabila smartphone mereka mula menerima kekangan daripada market negara lain.

Ianya semua bermula pada 15 May 2019 apabila Donald Trump, President Amerika Syarikat telah menyekat penjualan smartphone Huawei di USA kerana mengesyaki pihak Huawei telah mengintip dan mengumpul data-data daripada pengguna smartphone mereka.

Pada 19 May 2019 pula, Pihak Google telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama antara mereka dengan pihak Huawei dan menyatakan tidak akan memberikan apa-apa system update pada smartphone-smartphone Android terbaru yang dikeluarkan oleh Huawei.

Perkara ini telah mendatangkan panik kepada pengguna-pengguna smartphone Huawei diseluruh negara dan membuatkan mereka mula menjual smartphone Huawei mereka pada harga-harga yang murah. Satu laporan daripada Forbes menyatakan, beberapa kedai di UK cuma membeli kembali smartphone Huawei P30 Pro pada harga £100 atau bersamaan dengan USD130 sahaja. Harga satu smartphone baru jenama ini dijual pada harga £900 dan ini melihatkan harganya telah jatuh sehingga 90% harga sebuah smartphone baru!

Namun pada keesokan harinya, pihak USA telah mengeluarkan lesen sementara kepada pihak Huawei untuk meneruskan perniagaan mereka di USA dan dalam masa yang sama meneruskan updateupdate terbaru kepada smartphone mereka yang telah dikeluarkan sebelum ini. Lesen ini hanya akan berkuatkuasa sehingga 19 August 2019 sahaja. Google juga berkata mereka akan menyambung berkerjasama sama dengan Huawei sehingga lesen sementara ini tamat.

Nasib Huawei semakin teruk apabila pengeluar cip pemprosesan ARM turut memutuskan kerjasama mereka dengan syarikat Huawei. ARM telah terlibat dalam pembuatan beberapa cip pemprosesan terkenal seperti Qualcomm SnapdragonSamsung Exynos, Apple A-series processor dan cip Huawei sendiri iaitu HiSilicon.

Bila nampak seperti semua syarikat US ingin cuba menghancurkan smartphone Huawei, Jenama gergasi dari China ini telah mengambil keputusan untuk tidak berdiam diri. Pada 24 May 2019, pihak Huawei telah mengumumkan yang mereka dalam proses mengeluarkan operating system mereka sendiri.

Operating system yang diberi nama Hongmeng ini dikatakan akan memberikan mereka peluang untuk terus mengeluarkan smartphone tanpa perlu bergantung kepada Google dan Android lagi pada masa hadapan. Samada operating system Hongmeng ini bakal jadi lebih bagus daripada Android ataupun tidak kita kena tunggu bila pihak Huawei mula meletakkannya pada smartphone terbaru mereka pada masa akan datang.

KATALAKI: Korang yang ada smartphone Huawei jangan pula jual smartphone korang. Rilek dan tunggu berita rasmi sebelum korang buat apa-apa keputusan!

Last modified: 30 May 2019