GPS Smartwatch Macho Tahan Lasak

Gadget, Tech

Baru-baru ini, pihak Garmin telah melancarkan jam tangan pintar terbaru yang diberi nama Garmin Instinct. Jam tangan pintar tahan lasak ini nampak macho dan ngam gila kalau bro-bro yang pakai.

Garmin instinct ini dibina menggunakan materials U.S military standard bagi membuatkannya tahan lasak, anti-shock, dan water resistance.

Ianya jugak dikatakan mampu handle suhu dari -20c sehingga 60C dan mampu bertahan kalau terjatuh dari ketinggan 122cm. Untuk water resistance pulak, Garmin Instinct ni boleh dibawa sehingga kedalaman 100m dan anti-karat so kalau korang bawak berenang dekat laut pun no problem bro!

Dengan menggunakan GNSS Satellite Network, jam pintar ini mampu mengesan pengguna walaupun korang berada dalam hutan tebal or apa saja environment yang challenging. Garmin Instinct ini juga dilengkapi dengan aplikasi Garmin Explore yang mana korang boleh plan perjalanan akan datang dan setkan timer bila korang perlu balik.

Kalau korang berada dalam hutan, korang boleh menggunakan fungsi TracBack yang mana dia akan menunjukan jalan yang korang ikut sebelum ini supaya korang senang balik semula ke camp korang.

Kalau korang nak mencuba or nak tahu lebih lanjut tentang Garmin Instinct, Korang boleh pergi ke 1 Utama Shopping Center bermula hari ini sehingga 2 December sebab dorang ada buat roadshow dekat sana sekarang untuk kenalkan Garmin Instinct ni.

Terdapat juga acara Garmin Instict Obstacles Challenge yang mana 2 orang pemenang akan dipilih dan bakal memenangi seutas Garmin Instinct setiap seorang.

KATALAKI: Kalau korang kaki masuk hutan or buat aktiviti lasak, Garmin Instict ni memang sesuai dengan korang.

Last modified: 29 November 2018