“GTA 6 Akan Mula Dipasarkan Tak Lama Lagi” – Trevor

Sembang

Selepas Playstation secara rasmi mengumumkan berita gembira kepada penggemar-penggemar permainan video iaitu Playstation 5 akan mula dipasarkan pada tahun 2020, ramai yang dah mula excited dengan game baru yang akan muncul untuk Playstation 5 nanti.

Salah satu game yang dinanti-nantikan dah tentu sekali Grand Theft Auto 6 atau GTA VI yang dikatakan akan mula dipasarkan selepas Playstation 5 dilancarkan secara rasmi. Buat masa ni, belum lagi ada apa-apa berita rasmi mengenai GTA VI. Masih lagi gossip je setakat.

Baru-baru ni, gossip mengenai GTA VI semakin panas selepas seorang pengguna di Twitter mengatakan, pemilik suara untuk watak Trevor dalam GTA V, Steven Ogg ada berkongsi mengenai perkembangan GTA VI semasa ditemu bual dalam sebuah rancangan di Brazil.

Trevor merupakan salah satu watak utama dalam GTA V, menggunakan suara Steven Ogg, seorang pelakon yang berasal dari Kanada. Selain terlibat dengan GTA V, Steven Ogg pernah gak berlakon dalam drama bersiri Better Call Saul dan Walking Dead.

Image Via : digitalspy.com

Menerusi watak Trevor dalam GTA V, Steven Ogg pernah tercalon dalam beberapa anugerah permainan video dan berjaya menang anugerah Best Overall Acting in a Game di New York Videogame Critics Circle Award pada tahun 2014.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steven Ogg (@ogg_steven) on

KATALAKI: Nasib baik Playstation tak guna nama Playstation X, XS atau Max. Playstation 1,2,3,4 dan 5. Kan senang tu.

Last modified: 6 November 2019