Guardiola VS Mourinho, Siapa Lagi Hebat?

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Bila cakap pasal pemain bola sepak, ada dua pemain je yang selalu dibandingkan siapa lagi hebat buat masa sekarang. Sama ada Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi. Tapi macam mana pula dengan pengurus bola sepak paling hebat buat masa ni? Memandangkan Jose Mourinho dah kembali bertugas sebagai pengurus, tiba masanya untuk Jose Mourinho kembali bersaing dengan Pep Guardiola untuk menentukan pengurus yang mana satu paling hebat.

Yang terkini, Jose Mourinho baru je berjaya kalahkan skuad Pep Guardiola dalam perlawanan Tottenham Hotspur menentang Manchester City di Premier League.

Ini merupakan kali ke-6 Jose Mourinho berjaya menewaskan Pep Guardiola dalam 23 kali pertemuan. Pep Guardiola dah pernah menewaskan Jose Mourinho sebanyak 10 kali.

Kalau korang boleh ingat lagi, permusuhan paling sengit yang pernah berlaku antara Pep Guardiola dan Jose Mourinho adalah semasa Pep Guardiola masih lagi bertugas sebagai pengurus Barcelona dan Jose Mourinho bersama Real Madrid sekitar tahun 2010 sehingga tahun 2012.

Tapi sebenarnya, permusuhan antara Pep Guardiola dan Jose Mourinho dah pun bermula sejak perlawanan separuh akhir UEFA Champions League pada tahun 2010, Inter Milan menentang Barcelona. Dalam perlawanan tersebut, Jose Mourinho berjaya memimpin Inter Milan untuk menyingkirkan Barcelona daripada kejohanan UEFA Champions League selepas menang menerusi gol agregat 3-2. Jose Mourinho siap berlari satu padang sebab puas hati dapat kalahkan Pep Guardiola yang memiliki barisan pemain-pemain ternama.

Pada tahun 2010, Jose Mourinho secara rasmi dilantik sebagai pengurus baru Real Madrid dan bermula lah perang antara Jose Mourinho dan Pep Guardiola di bumi Sepanyol. Masa ni gak la kita boleh tengok, setiap kali Real Madrid bertemu dengan Barcelona, mesti ada adegan pergaduhan dalam padang. Real Madrid dengan Barcelona memang dah bermusuh dari zaman dulu lagi, ditambah lak dengan permusuhan Pep Guardiola dan Jose Mourinho, bayangkan la apa yang jadi.

Jose Mourinho dan Pep Guardiola sekali lagi dipertemukan dalam liga yang sama iaitu Premier League pada tahun 2016 selepas masing-masing dilantik untuk membimbing Manchester United dan Manchester City. Jose Mourinho hanya bertahan selama 2 tahun di Manchester United dan Pep Guardiola masih lagi bersama Manchester City sehingga kini.

Kalau nak dibandingkan daripada segi pencapaian piala, Pep Guardiola dah pernah menang 28 piala bersama Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City. Jose Mourinho pernah 33 piala bersama FC Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid, Manchester United dan Barcelona. Memang betul, Jose Mourinho pernah merasa menjulang piala bersama dengan Barcelona sebagai pembantu jurulatih kepada Bobby Robson dan Louis van Gaal sekitar tahun 1996 sehingga 2000.

KATALAKI: Umur Jose Mourinho 8 tahun lebih tua daripada Pep Guardiola. Tapi Jose Mourinho macam nampak lagi muda.

Last modified: 3 February 2020