Guna Waze Pun Sesat? Fix Dengan Cara Ini!

Gadget, Tech

Baru-baru gempar kejap bila seorang bidan dari Ulu Yam ni tersesat masuk dalam ladang kelapa sawit yang masa itu dalam perjalanan ke rumah pelanggannya di Saujana Putra.

Macam mana dia boleh sesat? Well ianya disebabkan dia terlalu percayakan aplikasi Waze! Aik? Takkan guna Waze pun boleh sesat kot? Waze tu kan aplikasi penunjuk arah! Hah korang jangan gelak dulu sebab kemungkinan besar untuk korang pun sesat bila guna Waze memang wujud.

Sebelum ini jugak, seorang pelajar dari Texas telah sesat dan terkandas selama 5 hari pun disebabkan terlalu percaya dengan aplikasi GPS. Dia terpaksa survive dengan hanya makan kacang dan kuaci sebelum diselamatkan oleh pihak berkuasa.

So macam mana nak pastikan korang tak tersesat jalan walaupun guna Waze? Korang ikut stepstep dibawah ni bagi memastikan bukan korang pulak yang sesat lepas ni!

AVOID TOLL

Sebelum korang nak bergerak ke satu-satu destinasi dengan mengelak toll, pastikan jalan tanpa toll tu betul-betul selamat. Adakah korang akan lalu ke kawasan ladang dan bukit? Kalau jalan tanpa toll yang korang pilih ada lalu dekat kawasan macam tu, aku nasihatkan disable fungsi Avoid Toll dekat Waze korang!

Sebab apa kena disable? Sebab ianya akan jadi masalah bila korang lalu dekat kawasan yang tiada isyarat telefon. Bila tak dapat signal, itu yang Waze bawak je korang masuk jalan yang bukan-bukan!

UNPAVED ROADS

Selain itu, pastikan korang tetapkan Don’t Allow dekat bahagian Unpaved Roads. Unpaved Roads ini adalah jalan yang tidak diturap ataupun jalan yang tidak diselenggara. Alah macam jalan kampung takda tar tu.

Bila korang Allow bahagian Unpaved Roads ini, itu yang Waze bawak korang masuk dekat area-area ladang tu. Masuk area ladang takpa lagi bro. Kalau Waze bawak korang masuk area kawasan kubur time malam-malam tak ke naya je nanti!

AVOID DIFFICULT INTERSECTION

Korang mesti pernah kena tengah drive lagi-lagi dekat jalan yang banyak gila simpang, ingatkan dah masuk simpang yang betul dah sekali reroute pegi jalan lain pulak! Itu petanda Waze korang dah peninglah tu bro.

Cara mengelakkan benda ini terjadi adalah dengan tetapkan Always dekat bahagian Avoid Difficult Intersection. Bila korang dah tetapkan Always, Waze akan elakan korang jalan dekat kawasan yang banyak simpang yang berbelit-belit.

Pastikan korang update app Waze korang, just incase kalau korang tak jumpa setting-setting kat atas ni.

via GIPHY

Jadi sebelum korang bergerak ke destinasi yang jauh, pastikan korang check ketiga-tiga setting ini dulu. Memang nampak remeh tapi benda yang remeh ini lah yang akan selamatkan muka korang dari masuk berita sebab sesat dalam ladang nanti hahaha! 

KATALAKI: Masih lagi mencari jalan ke hati awak cia cia cia

Last modified: 25 January 2019