Gundala – Filem Asia Setaraf Hollywood

Sembang, ZeKool

Kita boleh kira dalam dunia ni, tak banyak sebenarnya filem superhero atau adiwira. Tak dinafikan juga kebanyakkan filem-filem bergenre superhero ni tentunya dari Amerika Syarikat. Kalau di negara Asia juga tak banyak filem bergenre seperti ini yang diterbitkan. Dan kawan-kawan di negara jiran kita di Indonesia sudah pun berjaya meletakkan satu lagi level yang tinggi dalam industri perfileman dengan menerbitkan filem genre aksi superhero yang berjudul “Gundala”.

Sebelum saya bercerita panjang lebih lagi mengenai filem Gundala yang diarahkan oleh sutradara terkenal Indonesia, Joko Anwar. Saya akan cuba ringkaskan review dalam artikel ini dengan sebolehnya untuk tidak memberikan apa-apa spoiler untuk korang.

SINOPSIS X KISAH SEBENAR 

Filem Gundala mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sancaka (Abimana Aryasatya) yang pada suatu malam disambar kilatan petir yang mengubah dan memberinya kuasa sakti dengan nama Gundala. Dengan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kuasa kilatan petir daripada badannya, Gundala muncul sebagai pahlawan yang membela kebenaran dan melawan kejahatan bersama pahlawan yang lain seperti Merpati, Godam, Aquanus dan Sri Asih.

Filem Gundala ini juga turut dibintangi oleh aktor dan aktres ternama Indonesia seperti Abimana Aryasatya, Tara Basro, Cecep Arif Rahman serta turut menampilkan pelakon tanah air kita sendiri iaitu Bront Palarae yang memegang watak antagonis yang dikenali sebagai Pengkor.

Kisah sebenar watak Gundala ini diangkat daripada kisah lagenda rakyat lama tentang Ki Ageng Selo. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kisah sebenar Gundala ini, korang boleh usha artikel penuh DISINI.

JALAN CERITA YANG…

Pada awal bermulanya filem Gundala, penonton akan dipertemukan dengan kisah flashback pada zaman kanak-kanak watak utama Gundala yang bernama Sancaka yang dilakonkan oleh Abimana Aryasatya. Flashback ini juga pada saya adalah sangat penting untuk penonton hadam sebab ianya membawa penonton untuk tahu bagaimana Sancaka mendapat kuasa petir yang dimilikinya. Walaupun ianya tidak diperjelaskan secara terperinci, pada saya jika penonton terlepas babak awal dalam filem Gundala ini, ianya agak sukar untuk penonton faham filem ini secara jelas lagi. Flashback pada babak awal ini juga membawa penonton untuk faham storyline yang akan dikembangkan sepanjang filem Gundala ini.

Untuk saya, mungkin disebabkan filem ini adalah filem superhero, maka perasaan excited dan ingin tahu bagaimana kuasa petir Gundala ini dipertunjukkan. Untuk 30 minit pertama saya cuba untuk faham apa yang sedang berlaku didalam dunia filem Gundala dan “hero’s journey” yang cuba disampaikan oleh tuan pengarah. Namun bila lama kelamaan, saya dapat merasakan plot dan jalan cerita filem ini semakin lama semakin loose dan tidak as tight as saya harapkan. Ada juga sesetengah dialog dan babak yang lama-kelamaan membuatkan saya rasa filem ini semakin berat untuk di hadam.

Image via: https://www.theverge.com/

Secara overall, plot dan jalan cerita filem ini tidak jauh yang disangkakan. Bila sudah sampai 30minit terakhir menuju klimaks filem ini, mereka berjaya membuatkan saya tidak senang duduk dan hook dengan aksi yang dilakonkan. Yang paling seronok sekali pada saya, babak terakhir dan juga end scene credit ini berjaya membuatkan saya excited untuk menantikan filem ke-2 Gundala yang akan datang. Cliffhanger yang berjaya disampaikan oleh pengarah, Joko Anwar.

Untuk bahagian lakonan juga, saya rasa kesemuan cast dalam filem ini mempersembahkan watak dengan baik sekali, tidak ada ruang untuk salah seorang daripada mereka kelihatan kayu atau tidak menjiwai watak. Salah satu pelakon yang harus diberikan pujian tentunya kepada pelakon lelaki tanah air kita, Bront Palarae. Bront Palarae berjaya membawa watak villian untuk filem superhero yang tidak cliche dan berjaya menampilkan motif dan agenda yang kuat untuk wataknya sebagai Pengkor. Ada seketika sewaktu menonton filem ini, secara tiba-tiba saya hampir terlupa yang melakonkan watak Pengkor tersebut adalah orang Malaysia. Senang cerita, Bront memang blend in.

EFFEK TAHAP HOLLYWOOD

Terus terang saya katakan pada awalnya saya agak sangsi dengan visual effects yang dipersembahkan dalam filem ini. Tetapi pihak produksi filem ini berjaya membuat saya menyangkal kesangsian yang bermain di minda saya sebagai penonton. Untuk bahagian visual effects yang diterapkan dalam filem Gundala ini, harus diberikan pujian sebab ianya tidak seteruk yang disangkakan tetapi dalam pada masa yang sama ianya juga tidak terlalu over the top. Untuk saya, ianya disampaikan just nice dan mengikut standard yang lebih kurang visual effects sama level dengan filem superhero terbitan Hollywood.

Satu lagi yang saya nak puji adalah pada bahagian color grading yang digunakan oleh pihak produksi. Mungkin pengarah filem ini inginkan feel-feel sebuah dunia yang dark dan gloomy. Ianya mengingatkan saya dengan filem-filem daripada DC Universe seperti Man of Steel, Batman v Superman: Dawn of Justice. Color grading dan visual effects yang dipertunjukkan dalam filem Gundala ini juga mengingatkan saya kepada filem-filem arahan Zack Snyder.

3/5 BINTANG

Secara keseluruhan pada saya, filem ini harus diberikan pujian kerana ianya dijayakan dengan pihak produksi yang benar-benar mengikut spec atau piawaian setanding dengan filem superhero terbitan Hollywood. Filem ini juga boleh dijadikan referencing yang baik untuk pengarah atau filmmaker yang ingin menerbitkan sebuah filem bergenre superhero. Overall saya boleh letakkan 3 bintang daripada 5 untuk filem ini. Harap-harap semoga filem ke-2 dan filem-filem superhero lain dibawah Jagat Sinema Bumilangit dapat memberikan kepuasan yang maksima kepada penonton dan pengemar filem.

KATALAKI: Antara must watch movie untuk tahun 2019 gais!

Last modified: 3 January 2020