Gunung Tertinggi Di Dunia Bukan Everest

Sembang, ZAP, ZeKool

Macam tak percaya benda yang selama ni kita belajar sebenar salah. Ingat lagi kalau dekat sekolah bila cikgu tanya gunung apa yang tertinggi di dunia, kita cepat-cepat angkat tangan dan terus jawab gunung Everest. Bila dah besar tiba-tiba terbaca ada gunung yang lagi tinggi dari tu. Untuk artikel kali ni korang akan belajar sikit gunung apa yang lagi tinggi dari Everest dan kenapa ia dikatakan tinggi.

KETINGGIAN MELEBIHI 10,000 METER

Mengikut catatan, ketinggian gunung Everest adalah setinggi 8,850 meter di atas paras laut. Tetapi terdapat satu gunung di Hawaii yang mempunyai ketinggian melebihi 10,000 meter! Okay kita tenang dulu jangan buat terkejut sangat. Macam pelik lah kan kenapa gunung yang lagi tinggi dari Everest tidak pernah diisytiharkan sebagai gunung tertinggi. Sepatutnya dari pandangan mata kasar dah boleh nampak mana satu yang lagi tinggi.

Gunung yang bernama Mauna Kea ni sebenarnya kalau diukur pada ketinggian atas paras laut cuma 4,205 meter je. Tetapi sebenarnya gunung ni mempunyai kedalaman tapak sejauh 13,796 meter. Kalau gunung ini diangkat dan diletakkan di atas paras laut, sudah semestinya Mauna Kea menjadi gunung yang tertinggi di dunia.

 

View this post on Instagram

 

#maunakea #bigisland #hawaii #lovehawaii #venturehawaii #unrealhawaii #lethawaiihappen #passionpassport #ilovemountains #peoplewhodofunstuff #nakedhawaii #venturehawaii #liveoutdoors #hawaiistagram #hik3beasthawaii #alohaoutdoors #ragehawaii #stoked #myalohatimes #marveloushawaii #glimpseofhawaii #hawaiiunchained #theoutbound #righteoushawaii #hawaiistagram #luckywelivehi #shareyourparadise #goneoutdoors #adventurethatislife #hawaiiunchained #righteoushawaii #hawaiistagram #luckywelivehi #shareyourparadise #goneoutdoors #adventurethatislife

A post shared by Mathias (@travel_world_on_a_budget) on

Secara logiknya pendakian akan bermula dari tapak gunung sehingga ke puncak. Kalau kita kata gunung Mauna Kea yang paling tinggi, maknanya kita baru mendaki setinggi 4,205 meter sahaja. Sedangkan gunung Everest memerlukan pendakian setinggi 8,850 meter. Malangnya gunung Everest tetap memegang title gunung paling tinggi kerana mempunyai ketinggian atas paras laut paling tinggi. Jadi boleh dikatakan gunung Everest menang dari segi teknikal.

GUNUNG PALING HAMPIR DENGAN ANGKASA

Terdapat juga satu gunung yang paling hampir dengan angkasa walaupun ia tak setinggi Everest. Dikenali dengan nama Chimborazo yang terletak di Ecuador, gunung ini mempunyai ketinggian 6,310 meter di atas paras laut. Walau bagaimanapun, Chimborazo sebenarnya merupakan gunung tertinggi di atas pusat bumi. Hal ini kerana bumi bukan lah berbentuk sfera sepenuhnya, tetapi sedikit bujur seperti telur. Atau dalam bahasa saintifiknya disebut oblate spheroid.

Disebabkan bentuk ini, kawasan bumi dilihat melebar di bahagian garisan khatulistiwa. Chimborazo pula berada satu darjah di selatan garisan khatulistiwa pada ketinggian 6,384 kilometer di atas pusat bumi. Gunung Everest pula jika diukur dari pusat bumi hanya mencapai ketinggian 6,382 kilometer, 2 kilometer lagi rendah dari Chimborazo. Jadi gunung ni antara yang paling dekat dengan angkasa.

KATALAKI: Gunung apa je yang korang pernah daki? Kalau tak pernah jom kita plan ekspedisi pendakian gunung lepas habis PKP ni.

Last modified: 10 April 2020