Gurau-Gurau, Tapi Boleh Dikira Sexual Harassment. Hati-Hati Bro…

Sembang

Apa yang korang faham mengenai sexual harassment atau gangguan seksual yang berlaku di pejabat? Zaman sekarang ni, bukan perempuan je yang kena faham mengenai gangguan seksual. Lelaki pun ada gak yang menjadi mangsa gangguan seksual di pejabat. Gangguan seksual ialah sejenis diskriminasi yang dilakukan oleh pemangsa kepada mangsa melibatkan tutur kata ataupun perbuatan yang berunsurkan seks.

Contoh Gangguan Seksual Di Pejabat

Tak kisah la sama ada pemangsa tersebut merupakan majikan, pengurus, ketua cawangan atau rakan sekerja. Kalau pemangsa tersebut mengganggu mangsa untuk menjalankan tugas sebagai pekerja, membuatkan mangsa rasa susah untuk bekerja atau menghalang perjalanan kerja mangsa, itu dikira gangguan seksual. Ini antara contoh gangguan seksual yang boleh berlaku di pejabat.

Berkongsi gambar atau video yang tidak senonoh dan ada unsur seks atau lucah kepada rakan sekerja.

Image Via : bps.org.uk

Menghantar surat, email, atau nota berunsur seks atau lucah kepada rakan sekerja.

Image Via : psmag.com

Gurauan melampau yang menggunakan bahasa lucah kepada rakan sekerja.

Image Via : meetmags.com

Merenung rakan sekerja secara seksual.

Melakukan perbuatan yang tidak senonoh kepada rakan sekerja sama ada memegang, menggosok, meraba atau memicit tubuh mangsa.

Image Via : missionbox.com

Banyak lagi sebenarnya contoh gangguan seksual yang boleh berlaku kat pejabat. Senang cerita, kalau mangsa berasa tidak selamat, tidak selesa atau terancam dengan apa-apa tindakan berunsur seks atau lucah yang dilakukan oleh pemangsa, dikira gangguan seksual.

Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Pejabat

Selain daripada membuat aduan rasmi kepada pihak atasan selepas mempunyai bukti yang kukuh, ini antara cara-cara lain yang boleh kita guna untuk elak diri jadi mangsa gangguan seksual di pejabat.

Berani untuk cakap tidak. Kalau rakan sekerja membuat sesuatu perkara atau perbuatan yang melampaui batas, bagi tahu kepada rakan sekerja tersebut yang perkara ni tak betul dan tidak senonoh.

Simpan semua bukti gangguan seksual yang berlaku untuk digunakan dalam aduan kepada pihak atasan.

Beritahu dan kongsikan kepada rakan sekerja lain yang rapat dengan kita mengenai gangguan seksual yang berlaku. Bincang dengan rakan sekerja tersebut tindakan seterusnya yang boleh dilakukan.

Kalau pihak atasan masih tak ambil peduli dengan aduan yang dibuat, buat laporan polis bersama bukti yang disimpan.

KATALAKI: Ingat, gangguan seksual merupakan satu jenayah. Elakkan diri jadi mangsa dan jangan sesekali pun terfikir untuk jadi pemangsa.

Last modified: 17 October 2019