HADO, Beza AR dan VR Gaming

Sembang

Ramai yang masih lagi keliru pasal AR dan VR gaming ni sebenarnya. Disebabkan tahun 2019 ni tahun kebangkitan Esports kat Malaysia, jom kita tengok apa benda AR dan VR ni dengan lebih mendalam.

Apa Maksud AR?

Augmented Reality atau lebih dikenali sebagai AR ialah permainan digital yang menggunakan teknologi untuk membolehkan pemain nampak objek yang dicipta menerusi komputer dan boleh nampak dalam dunia yang sebenar. Senang cerita, nak bagi korang senang faham, kalau korang pakai AR headset, korang masih lagi boleh nampak kawasan sekitar tempat korang berdiri. Tapi ada objek yang dicipta daripada komputer yang korang boleh nampak contohnya raksasa atau superpower.

Apa Maksud VR?

Berbeza dengan AR, Virtual Reality atau VR ialah permainan digital yang akan bawa pemain ke dunia virtual. Maknanya lepas korang pakai VR Headset, tak nampak dah kawasan sekitar korang dalam dunia sebenar. Bergantung kepada jenis game yang korang main, contohnya kalau korang main game boxing, lepas pakai VR Headset, secara automatik korang akan nampak diri korang seakan-akan berada dalam gelanggang boxing.

Apa Beza AR dan VR?

VR memerlukan satu device iaitu VR Headset yang membolehkan korang masuk dan nampak dunia virtual untuk korang main game. Tapi AR boleh guna Headset dan boleh gak guna smartphone. Contoh game AR yang guna smartphone ialah Pokemon Go.

Kat Mana Boleh Try AR?

Kalau nak try AR kat smartphone, boleh main je Pokemon Go. Tapi kalau nak lebih mencabar, korang boleh try game AR kat HADO Malaysia yang beroperasi kat Setapak. HADO ni merupakan sejenis permainan sukan AR yang juga mengabungkan pergerakan secara fizikal. Ibarat korang main bola beracun atau dodgeball tanpa mengunakan bola sebenar. Semuanya secara Augmented Reality  sahaja. Ni Facebook dorang untuk korang dapatkan info dan alamat penuh kat mana HADO Malaysia ni. Kat Waze pun korang boleh jumpa sebenarnya.

Hari tu kitorang sempat gak try sendiri best ke AR ni. Nampak macam senang brader. Tapi lenguh-lenguh gak la kaki dan tangan lepas main AR ni. Korang disarankan untuk buat stretching atau warm up dulu sebelum main. Nak tahu macam mana rupa sebenar AR ni masa kitorang main hari tu, nah usha video bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

Hadouken ! Ada macam Ryu daripada Street Fighter tak? Lain macam game zaman sekarang ni weh 😱 #game #dodgeball #thelakivlog #hado

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

KATALAKI: Korang kena try sendiri sekali AR ni baru tahu best ke tak best.

Last modified: 7 March 2019