Hafizh Syahrin & Aron Canet Pindah Pasukan Baru Moto2 Tahun 2020

Aktif, Motorsports

Pada 8 Oktober 2019, secara rasminya pelumba MotoGP negara kita, Hafizh Syahrin akan berlumba di kelas Moto2 bersama pasukan Ángel Nieto Team bermula tahun 2020 dengan kontrak selama setahun, bergandingan dengan pelumba yang tengah berentap untuk kejuaraan Moto3 sekarang ni iaitu Aron Canet.

Buat masa ni, Hafizh Syahrin masih lagi bersama dengan pasukan KTM Tech3 sehingga tamat musim MotoGP 2019 yang berbaki lagi 4 perlumbaan. Pencapaian terbaik Hafizh Syahrin untuk musim 2019 ni ialah semasa perlumbaan MotoGP di litar Silverstone, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafizh Syahrin Abdullah (@hafizh_syahrin) on

Selama 8 tahun beraksi di kejohanan motosikal kelas dunia MotoGP sejak tahun 2011, Hafizh Syahrin dah pernah naik podium sebanyak 3 kali semasa beraksi dalam kelas Moto2. Kali pertama berjaya menjulang nama Malaysia dalam arena sukan MotoGP pada tahun 2012 selepas berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 sebagai pelumba wildcard di litar Sepang. Pada tahun 2017, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 di litar San Marino dan tempat ke-3 di litar Motegi, Jepun.

Untuk info, kejuaraan pelumba MotoGP untuk tahun 2019 dah pun berjaya dimenangi oleh Marc Marquez selepas tamat perlumbaan di litar Buriram, Thailand pada 5 Oktober 2019 hari tu.

KATALAKI: Tahun 2020 ni peluang terbaik untuk Hafizh Syahrin buktikan kemampuan selepas nasib yang kurang bersama pasukan Tech 3 yang bertukar jentera daripada Yamaha kepada KTM.

Last modified: 8 October 2019