Haiwan-Haiwan Paling Kaya Di Dunia!

Sembang, ZAP, ZeKool

Selalu korang tengok article aku bercerita tentang orang-orang yang paling kaya di dunia tapi tak pernah lagi aku tulis tentang haiwan paling kaya di dunia. Mesti korang pelik dan tertanya-tanya “Ada ke haiwan paling kaya di dunia?” Jawapan dia ada dan hari ini aku akan share dengan korang kenapa haiwan-haiwan ini dianggap haiwan paling kaya di dunia!

GUNTHER IV

Apabila bangsawan Karlotta Libenstein of Germany meninggal dunia pada tahun 1991, dia telah meninggalkan seluruh hartanya kepada anjing peliharannya yang bernama Gunther III. Dia telah meninggalkan harta sebanyak USD80 million untuk anjing kesayangannya dan harta ini telah dijaga dan dilaburkan oleh pengurus hartanya.

Hasil perlaburan duit peninggalan itu, kini ia telah bernilai sebanyak USD375 million! Harta ini kemudiannya telah diwarisi oleh seekor lagi anjing jenis German Shepherd bernama Gunther IV. Gunther IV kini mempunyai dua rumah banglo di Itali dan Bahamas dan pada tahun 2000, ia telah memiliki sebuah lagi rumah di Miami Beach yang sebelum ini dimiliki oleh Madonna pada harga USD7.5 million!

TOMMASO

Jika Gunther IV sememangnya seekor anjing yang dibesarkan oleh keluarga bangsawan, Tommaso pula mempunyai kisah yang agak berbeza. Tommaso yang merupakan seekor kucing hitam biasa yang telah dikutip ditepi jalan oleh seorang wanita tua yang bernama Maria Assunta. Ketika Maria meninggal pada tahun 2011, dia telah meninggalkan segala harta pusakanya yang bernilai USD13 million kepada Tommaso!

Tiada siapa pun yang tahu Maria mempunyai harta yang banyak sebegitu rupa. Maria yang tidak mempunyai saudara-mara telah dijaga oleh seorang jururawat dan jururawat itu sendiri tidak pernah tahu yang Maria mempunyai harta yang banyak. Sebelum Maria meninggal, dia telah memberitahu jururawatnya untuk sentiasa menjaga dan menggunakan duit peninggalannya untuk memastikan hidup Tommaso selesa dan cukup makan.

TOBY

Toby merupakan seekor anjing jenis Poodle yang dimiliki oleh Ella Wendel, salah seorang ahli keluarga The Wendel. Untuk pengetahuan korang, keluarga The Wendel merupakan antara keluarga paling kaya di New York ketika era pembangunannya. Mereka dikatakan mempunyai perniagaan hartanah dan ini merupakan punca utama mengapa mereka menjadi kaya raya.

Ketika dia meninggal pada tahun 1931, dia telah mewarisi segala hartanya yang bernilai USD40 million kepada anjing kesayangannya. Namun Toby hanya sempat hidup beberapa bulan sahaja selepas tuannya meninggal. Harta yang diwarisi kepada Toby kemudiannya telah diberikan kepada beberapa badan amal dan sebuah university iaitu New Jersey’s Drew University.

CHOUPETTE

Untuk pengetahuan korang, Choupette merupakan kucing yang dibela dan dijaga oleh ikon fashion terkenal iaitu Karl Lagerfeld. Sebelum Karl meninggal pada Februari tahun lepas, dia memberitahu wartawan yang Choupette tidak suka dekat dengan haiwan lain dan juga kanak-kanak.

Sebelum Karl meninggal lagi, Choupette telah menjadi kaya apabila dia telah menerima bayaran sebanyak USD3.3 million hasil daripada menjadi model dua iklan iaitu iklan kereta di Jerman dan iklan kecantikan muka di Jepun. Selain mempunyai duit yang banyak, Choupette juga mempunyai dua orang gajinya sendiri!

GIGOO

Asyik tengok kucing dengan anjing saja yang jadi kaya, kali ini kita bercerita tentang ayam yang paling kaya pula. Gigoo merupakan satu-satunya ayam yang paling kaya di dunia dan ini semua telah diwariskan oleh Miles Blackwell, pemilik syarikat penerbitan terbesar di British.

Miles Blackwell telah menjual perniagaannya dan mengambil keputusan untuk menjadi seorang peladang dengan membela kambing dan juga ayam. Apabila dia meninggal pada tahun 2001, dia telah menyerahkan sejumlah besar hartanya kepada badan amal dan telah mewariskan USD10 million kepada ayam belaannya yang bernama Gigoo!

KATALAKI: Ayam pun lagi kaya dari aku huhuhu!

Last modified: 22 January 2020