Haiwan Pun Boleh Kena Penyakit Mental?

Sembang

Kita semua tahu dan mungkin ada daripada kita sendiri yang menghidap mental illness tapi tahukah korang mental illness ini bukan sahaja menyerang manusia namun haiwan juga tidak terkecuali. Ya, kucing dan pelbagai haiwan lain pun boleh kena mental illness dan sebab dorang boleh dapat mental illness mungkin berbeza sedikit dengan manusia.

Image Via: https://aeon.co

Sesetengah haiwan yang menghidap mental illness adalah disebabkan layanan dan kawasan tempat tinggal dorang. Contohnya haiwan yang tinggal dalam sangkar seperti haiwan di zoo mungkin lebih senang menghidap mental illness berbanding haiwan liar dalam hutan.

Contohnya seperti burung peliharaan. Burung-burung yang selalu terperangkap di dalam sangkar akan membuatkan burung-burung ini stress, over excitement dan boredom boleh mengakibatkan burung-burung ini menunjukan ciri-ciri depression dan anxiety. Kalau korang tengok burung peliharaan korang selalu membersihkan bulu dan dalam masa yang mencabut bulu-bulunya, burung peliharaan korang mungkin menghidap mental illness.

Kucing juga boleh menghidap mental illness dan ia selalu dikatakan menpunyai sifat OCD ataupun ObsessiveCompulsive Disorder. Ini boleh dilihat apabila kucing-kucing ini mula membersihkan diri dan mengiau dalam kadar yang kerap. Ciri-ciri ini menunjukan kucing ini sama ada sedang bosan, cemas ataupun berada dalam kesakitan. Kucing-kucing yang tidak diberikan perhatian yang sepatutnya akan mula menunjukan sikap-sikap seperti ini.

Korang ada bela hamster tak dekat rumah? kalau korang perasan, hamster ini mempunyai satu sikap yang mana dorang suka kumpul makanan dalam mulut dorang banyak-banyak ataupun dia akan kutip semua makanan dalam sangkar dorang dan kumpulkan dekat satu bahagian. ciri-ciri ini menunjukan hamster juga mempunyai mental illness yang mana kita biasa tengok pada orang yang ada sikap hoarder.

Salah satu ciri yang kita boleh nampak bila haiwan-haiwan ini mempunyai mental illness adalah bila haiwan peliharaan korang susah untuk tidur. Haiwan yang susah tidur ini biasanya disebabkan anxiety, distress, pain dan pelbagai sebab lagi. Kalau haiwan peliharan korang selalu mengiau ataupun sering menyorok dalam kawasan yang sempit, haiwan peliharaan korang kemungkinan besar mempunyai mental illness.

Sesetengah haiwan ini juga dikatakan turut mempunyai suicide tendency apabila ia mempunyai mental illness. Contohnya seperti gajah yang selalu dilatih dengan latihan yang teruk. Gajah-gajah ini selalu dilihat akan memijak belalainya bagi menyukarkan dia bernafas dan tidak akan bergerak bagi membuatkan dia lemas. Disebabkan itu haiwan-haiwan ini juga perlu diberikan perhatian yang sepenuhnya!

KATALAKI: Kalau korang ada haiwan peliharaan, jenguk-jenguklah dorang. Jangan tahu bela tapi biarkan macam tu je

Last modified: 17 September 2019