Halloween Steam 2018 – 3 Game Yang Patut Korang Beli!

Game

Minat permainan video horror? sekaranglah time untuk korang borong semua horror game dekat Steam.

Tak tahu game horror ape yang patut korang beli? jangan risau sebab kitorang akan share dengan korang 3 horror game pilihan aku yang tengah on sale sekarang.

WE HAPPY FEW

We Happy Few merupakan permainan video single player yang dikeluarkan oleh Gearbox Publishing.

Dalam permainan ini, korang kene melarikan diri dari masyarakat yang telah di “brainwash” untuk hanya hidup dalam keadaan gembira. Mereka yang cuba berfikir sendiri ataupun tidak menunjukan perasaan gembira akan dihukum.

Korang boleh dapatkan game We Happy Few ini dengan harga RM164.25 sahaja.

LEFT 4 DEAD 2

Nak lepaskan geram? ajak kawan-kawan korang main Left 4 Dead 2. Korang tembaklah zombie sampai lebam! Bila dah bosan tag-team, ajak lagi ramai kawan untuk main Versus Mode. Korang boleh pilih sama ada nak masuk team human or team zombie.

Left 4 Dead 2 telah dikeluarkan oleh Valve pada tahun 2009 dan masih lagi menjadi game zombie shooting pilihan aku dan member-member sampai sekarang. Kalau main game ni tergelak jelah tengok sorang member kene kerumun dengan zombie.

Untuk Halloween Sale ni korang dapatkan Left 4 Dead 2 dengan hanya RM4.70 sahaja bro!

DEAD BY DAYLIGHT

Main kejar-kejar tapi dengan elemen seram? Dead By Daylight lah game yang patut korang cuba. Dalam game ni korang boleh bermain dengan 4 kawan korang yang lain. Game ni simple je. Salah seorang daripada korang akan jadi monster dan perlu tangkap 4 orang yang lain sebelum dorang dapat melepaskan diri.

Kalau main game ni dengan member memang sakit hati sebab dalam member kitorang yang jadi survivor mesti akan tali barut bawak member yang jadi monster dekat tempat kitorang menyorok. kalau korang main dengan member macam ni bawak bersabarlah ye.

Dead by Daylight dikeluarkan pada 2 tahun yang lepas oleh Behaviour Digital Inc. Korang boleh dapatkan dengan harga RM19.00 sahaja untuk Halloween Sale ni.

Halloween Sale ni bermula dari 29 Oktober sehingga 1 November 2018. So pastikan korang borong secepat mungkin ye.
KATALAKI: Tips membeli game bila ada Steam Sale – “Beli dulu, main tak main tu belakang cerita!”

Last modified: 30 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *