Hand Sanitizer, Dicipta Oleh Pelajar Jururawat Latin

Sembang

Apabila virus novel Covid-19 ini mula merebak meluas di satu dunia, dan World Health Organization telah mengumumkan virus ini sebagai virus pandemik, antara benda penting yang telah menjadi produk yang paling banyak dibeli di farmasi atau supermarket adalah Hand Sanitzer.

Produk pembersihan tangan ini telah menjadi sold out gara-gara ramai orang yang ingin memastikan mereka dilengkapkan dengan hand sanitizer untuk mudah dibawa ke mana saja dan memastikan tangan sentiasa bersih daripada terkena jangkitan virus tular yang membawa maut ini.

Tetapi tahukah korang siapakah yang mencipta hand sanitizer? Produk hand sanitizer ini adalah produk pencucian tangan yang dikatakan mampu membunuh dan membasmi kuman sebanyak 99.99% mengikut pelbagai jenis hand sanitizer tersebut daripada pelbagai jenama yang sedia ada.

Oleh kerana penyebaran koronavirus disebabkan oleh sentuhan manusia, menjaga bersih tangan telah menjadi keutamaan dan gel-based hand sanitizer adalah antara cara yang paling praktikal untuk membawa ubat disinfektan yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Disebabkan kenaikan secara mendadak dalam populariti menyebabkan produk hand sanitizer ini yang membuatkan orang ramai ingin tahu asal usulnya.

Menurut sebuah artikel yang di terbitkan oleh laman web The Guardian. Mengikut sejarah dan jejak disebalik penciptaan hand sanitizer dan bagaimana ianya terlibat dalam membantu kita semua secara global memastikan kebersihan dijaga dengan betul dan rapi serta pengunaanya secara global.

Nama Lupe Hernandez merupakan orang yang kita semua patut berterima kasih kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mencipta hand sanitizer. Kisah penciptaan hand sanitizer bermula pada seawal tahun 1966, Lupe Hernandez merupakan seorang pelajar jururawat di Bakersfield, CA Amerika Syarikat. Beliau telah membuat research tentang bagaimana tentang ketersediaan air dan sabun untuk pakar perubatan mengunakanya sebelum bersentuhan dengan pesakit, beliau memikirkan bagaimana jikalau situasi tersebut terjadi, bagaimana cara pencucian yang paling efektif buat pakar perubatan sebelum merawat pesakit.

Lalu Lupe Hernandez terfikir dan sedar bahawa solusi dan jalan penyelesaian mungkin dengan membawa alkohol dalam bentuk gel. Menyedari idea untuk masalah tersebut berkemungkinan boleh dijadikan sebagai keperluan komersil yang boleh dijadikan sebab peluang perniagaan, tanpa menghiraukan lagi waktu, Lupe terus membuat panggilan ke invention hotline dan patent kan idea tersebut. Walaupun Lupe Hernandez telah mencipta sejarah dengan menjadi orang yang bertanggungjawab menciptakan hand sanitizer. Namun informasi tentang sejarah kehidupan beliau tidak banyak yang boleh didapati, tetapi nama Lupe Hernandez tercatat dalam sebuah buku The Growth and Development of Nurse Leaders, Second Edition yang diterbitkan pada tahun 2019, buku tersebut mengisahkan tentang kepimpinan keperawatan profesional.

pembersih tangan atau hand sanitizer boleh melindungi kita daripada mikroba penyebab penyakit, terutamanya dalam keadaan ketika sabun dan air tidak tersedia. Tetapi ianya juga terbukti berkesan dalam mengurangkan bilangan dan jenis mikrob. Terdapat dua jenis pembasuhan tangan utama: berasaskan alkohol dan bebas alkohol. Pembasuh tangan berasaskan alkohol mengandungi jumlah dan jenis alkohol yang berbeza-beza, biasanya antara 60% dan 95% dan biasanya mengandungi isopropil alkohol, etanol (etil alkohol) atau n-propanol. Alkohol secara umumnya diketahui dapat membunuh kebanyakkan kuman.

Pembersih tangan bebas alkohol atau alcohol-free hand sanitizer mengandungi sesuatu yang dipanggil sebatian ammonium kuaterner (biasanya benzalkonium chloride) dan bukan alkohol. Ini boleh mengurangkan mikroba tetapi kurang berkesan berbanding alkohol.

KATALAKI: Basuh tangan setiap waktu ya gais.

Last modified: 30 March 2020