Iphone Paling Budget Yang Korang Boleh Beli

Tech

Baru-baru ini Apple telah mengeluarkan harga rasmi bagi peranti IPhone XR. Apple menyatakan yang Iphone XR merupakan Iphone budget yang pernah dorang keluarkan.

IPhone XR yang mempunyai satu spesifikasi yang lebih kurang sama dengan IPhone 4 yang dikeluarkan pada tahun 2010 iaitu cuma mempunyai 326 PPI (Pixel Per Inch) dengan berapa warna merah, kuning, putih, coral, hitam dan biru.

Sumber Gambar : TomsGuide

Iphone XR dikatakan didatangkan dengan 12 megapixel untuk kamera utama dan 7 megapixel untuk kamera hadapan. Manakala untuk bateri pula, Iphone XR mempunyai kapisiti bateri sebesar 2942mAh, sedikit besar berbanding dengan Iphone XS yang mempunyai kapisiti bateri sebesar 2658mAh.

Korang boleh mula pra-tempah IPhone XR bermula pada 19 Oktober 2018. Harga untuk Iphone XR adalah dari RM3,500+ sehingga RM4,200+ bergantung kepada kapasiti memori yang korang pilih.


KATALAKI: Bukan nak cakap apalah kan tapi kalau korang nak telefon jauh lebih mampu milik, jemput baca SINI

Last modified: 22 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *