Harimau Malaya B-22: Jadual Bola Sepak Sukan SEA 2019

Aktif, Bola, Feature

ϟ Trending

Pada 15 Oktober 2019, keputusan undian untuk menentukan pasukan Malaysia B-22 akan berada di kumpulan mana dah pun diumumkan. Malaysia berada di dalam kumpulan A bersama Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste.

Untuk info, Sukan SEA 2019 akan berlangsung pada 24 November 2019 sehingga 11 Disember 2019, Filipina sebagai tuan rumah. Majlis pelancaran Sukan SEA 2019 akan berlangsung pada 30 November 2019.

Info penting gak untuk korang, Sukan SEA berlangsung setiap 2 tahun. Pada tahun 2017, Malaysia dipilih sebagai tuan rumah dan Malaysia juga merupakan juara keseluruhan selepas berjaya mengumpul 323 pingat menerusi 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa.

Pingat emas dalam acara bola sepak lelaki di Sukan SEA 2017 sebelum ni berjaya dimenangi oleh Thailand selepas berjaya mengalahkan pasukan Harimau Malaya di perlawanan akhir dengan keputusan 1-0.

Thailand juga merupakan pasukan paling berjaya dalam acara bola sepak lelaki di Sukan SEA sejak tahun 1959, berjaya menang pingat emas sebanyak 16 kali diikuti Malaysia dengan 6 pingat emas dan Myanmar dengan 5 pingat emas.

Perlawanan pertama Harimau Malaya B-22 di Sukan SEA 2019 nanti akan berlangsung pada 25 November 2019 menentang Myanmar. Harimau Malaya akan mengharungi 4 perlawanan di peringkat kumpulan dan kalau Harimau Malaya berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara atau pun naib juara, Harimau Malaya akan layak ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 Disember 2019. Bawah ni korang boleh tengok jadual penuh perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA 2019.

Image Via : 2019seagames.com

KATALAKI: Masa ni la kita boleh tengok bakat-bakat muda Harimau Malaya beraksi.

ϟ Trending

Last modified: 25 November 2019