Harimau Malaya Mengamuk, Gajah Perang Terduduk

Aktif, Bola

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Fuhhh. Rezeki tu memang dah tertulis. Top scorer Piala Suzuki AFF 2018 setakat ni, Adisak Kraisorn boleh lak miss penalti! Sampai ke pluto bosskurr. Harimau Malaya dah confirm ke final! 90 minit perlawanan yang paling panjang rasanya. 2 gol penting yang dijaringkan oleh Syahmi Safari dan  Norshahrul Idlan Talaha untuk tewaskan Thailand dengan kelebihan gol di tempat lawan berjaya bawa Malaysia ke final! Bawah ni korang boleh tengok statistik perlawanan antara Thailand dan Malaysia untuk separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018.

Sumber : affsuzukicup.com

Kami pun turun gak ke Stadium Rajamangala untuk support Harimau Malaya. Memang kecoh kat Bangkok dengan chanting dan corteo daripada penyokong Harimau Malaya dari luar stadium sampai ke pintu masuk!

 

View this post on Instagram

 

Bergegar bangkok chanting power bros & sis Ultras Malaya! #AFFSUZUKICUP2018 #HarimauMalaya

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Masa on the way nak masuk ke dalam stadium, ada sorang penyokong Thailand ni tiba-tiba menjerit sekuat hati “Thailand! Thailand!”. Kitorang dah cuak gak berani betul mamat ni menyampuk Ultras Malaya tengah chanting dan corteo. Nahh. Dengan penuh budi bahasa, “Sawadikap, Thailand!” dilaungkan.

 

View this post on Instagram

 

Chanting tanda hormat buat penyokong Thailand. Sawadikap gais! #AFFSUZUKICUP2018 #HarimauMalaya

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Tahniah Harimau Malaya sebab berjaya tunjukkan gameplay yang boek dan gunakan kelebihan gol di tempat lawan dengan sebaiknya! Perlawanan final pertama nanti akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember 2018 dan final kedua pada 15 Disember 2018 sama ada di Bacolod, Philippines atau Hanoi, Vietnam.

Sumber : affsuzukicup.com

Sumber : affsuzukicup.com

Untuk final nanti Harimau Malaya wajib improve defending set piece memandangkan gawang gol Malaysia 2 kali bocor menerusi set piece daripada Thailand. Ayuh Negaraku!

KATALAKI: Inilah barisan kita! Yang ikhlas berjuang!

Last modified: 12 December 2018